Dr Koh: Pemimpin BN Pulau Pinang perlu bersatu
KUALA LUMPUR: Pemimpin BN Pulau Pinang perlu bersatu dan membincangkan isu berbangkit menerusi saluran dalaman, kata pengerusi negerinya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Koh yang juga presiden Gerakan berkata semua isu yang dibincangkan dalam mesyuarat dalaman parti dan BN Pulau Pinang seharusnya kekal sulit dan tidak diuar-uarkan kepada umum.
"Memang, dalam mesyuarat dalaman Gerakan dan BN Pulau Pinang, kami telah membincangkan pelbagai senario yang mungkin berlaku dan strategi bagi menanganinya.
Bagaimanapun, memandangkan strategi tersebut perlu dibincangkan dengan lebih lanjut dan diperhalusi, ia harus kekal sulit dan tidak diuar-uarkan kepada umum," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata Gerakan akana terus berjuang untuk kepentingan Pulau Pinang dan penduduknya, dan meskipun parti itu tewas pda Pilihan Raya Umum 2008, ia tidak akan mengabaikan negeri itu atau berputus asa.
BN Pulau Pinang telah menggerakkan jentera parti dan meningkatkan perkhidmatan serta aktiviti lain dalam kawasan di mana ia tewas, katanya.
"Bagaimanapun, kami mengaku perlu lebih banyak berusaha," katanya yang menganggap kenyataan pengerusi Gerakan Pulau Pinang Dr Teng Hock Nan bahawa BN tidak mampu merampas kembali mandat rakyat di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai pandangan peribadinya dan bukan pendirian rasmi parti tersebut atau BN Pulau Pinang.
Koh berkata, selepas belajar dari kesilapan lampau, Gerakan dan BN Pulau Pinang telah, secara konsisten dan berterusan, melakukan perubahan serta pembaikan.
Katanya, ketika ini, fokus BN Pulau Pinang dan Gerakan ialah menyokong Program Transformasi Kerajaan Perdana Menteri dan Progaram Transformasi Ekonomi, selain memanfaatkan sepenuhnya tenaga dan sumber mereka bagi memenuhi keperluan rakyat dan cabaran masa depan negeri itu.
"Jawatankuasa penyelaras BN Pulau Pinang akan mengadakan mesyuarat bulanannya tidak lama lagi bagi meneruskan usaha transformasi politik kita dan program lain, termasuk melenyapkan sebarang salah faham," katanya.

No comments
Post a Comment