Dua Lelaki Rompak, Culik, Rogol Pelajar Dihantar Ke Penjara
Oleh SALWA SHA’ARI
SHAH ALAM: Perjalanan ke sekolah untuk dua pelajar menjadi detik hitam selepas mereka diculik dan salah seorang dirogol oleh dua lelaki yang melanggar kereta yang dipandu oleh ayah mangsa.
Dua lelaki tersebut, S.Kalidas, 23, dan R.Shasidaran, 26, yang bersenjatakan parang itu terlebih dahulu mengarahkan ayah mangsa untuk membonceng motosikal yang ditunggang mereka sebelum ditinggalkan di sebuah masjid.
Mereka kemudiannya melarikan kereta Kancil mangsa bersama dua pelajar berusia 17 dan 12 tahun.
Lebih memilukan apabila mangsa berusia 17 tahun dirogol secara bergilir-gilir manakala rakannya hanya dicabul memandangkan dia sedang datang bulan.
Tidak cukup dengan kesalahan itu, Kalidas dan Shasidaran turut memeras ugut ayah kepada mangsa yang dirogol sehingga peniaga kedai kopi berusia 51 tahun itu membayar wang RM1,000 kepada mereka.
Pada Khamis, Kalidas dan Shasidaran menerima balasannya selepas Mahkamah Sesyen di sini, memerintahkan mereka dihukum penjara dan disebat dua kali selepas mengaku salah terhadap semua pertuduhan.
Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob memerintahkan Kalidas dihukum penjara selama 10 tahun manakala Shasidaran ditahan selama 11 tahun bagi kesalahan merogol mangsa.
Khalidas yang merupakan seorang juruelektrik juga dihukum penjara lapan tahun bagi kesalahan merompak, empat tahun bagi setiap pertuduhan menculik dan juga kerana memeras ugut.
Shasidaran yang pernah bekerja di tempat cuci kereta pula dihukum penjara sembilan tahun kerana merompak, lima tahun untuk kesalahan menculik dan memeras ugut serta empat tahun kerana mencabul.
Bagaimanapun, semua hukuman itu diarahkan berjalan secara serentak dari tarikh tangkap, yang mana Khalidas ditangkap pada 20 April 2006 dan Shasidaran ditangkap 19 Oktober 2006.
Mereka didakwa di mahkamah untuk kali pertama pada 1 Ogos 2007.
Mereka didakwa merompak wang tunai RM140 dan dompet yang mengandungi dokumen peribadi ayah mangsa berusia 49 tahun, seorang pemandu lori antara pukul 5.30 dan 7 pagi, 17 Februari 2006 di Simpang Tiga, Perusahaan Rahman Putra, hadapan Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, dekat sini.
Tertuduh juga didakwa menculik pelajar-pelajar tersebut dengan niat mahu mengurung secara salah di tempat dan pada masa yang sama.
Mereka juga didakwa merogol mangsa di dalam kereta Kancil antara pukul 5.40 dan 6.40 pagi, hari yang sama di kawasan Bukit Pencawang Elektrik, Batu 11, Kampung Desa Ampang, Sungai Buloh.
Shasidaran turut didakwa mencabul mangsa dan bagi pertuduhan terakhir, mereka didakwa memeras ugut bapa mangsa berusia 17 tahun pada antara pukul 5.30 dan 7 pagi, hari yang sama di jalan sebelah kolam pancing ikan, Kampung Desa Aman, Sungai Buloh.

No comments
Post a Comment