ERTI SEBUAH KESABARAN

Tidak dinafikan bahawa sifat pemarah memang ada dalam diri manusia dan itu adalah normal sepertimana normalnya juga seorang suami berkeinginan beristeri dua dan sebagainya.

Kebetulan juga teman boleh dikategori seorang yang cepat pemarah. Namun begitu sedikit demi sedikit ilmu yang didakap dengan tok – tok guru sedikit sebanyak juga mengendurkan kemarahan ini. Sepertimana kata pepatah inggeris ` there is no point losing your temper ` yang bermaksud kemarahan akan membuat sebarang masalah menjadi kusut.

Mutakhir ini bukan sahaja teman semakin marah malah semua orang mula naik marah dengan salah laku umNO yang suka sangat mengadu domba dan membuat fitnah demi fitnah terhadap kerajaan Pakatan Rakyat yang dipilih dalam negara demokrasi ini.

"Siapa yang menahan marah, padahal ia boleh melepaskan kemarahannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk. Kemudian, disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya." (HR. Abu Dawud - At-Tirmidzi) Tingkat kekuatan seseorang dalam menghadapi kesulitan hidup memang berbeza.

Teman juga agak kecewa sepertimana teman pernah sebut sebelum ini…ada diantara yang bernama Islam membiarkan agamanya dihina oleh penganutnya sendiri. Ingat ketika kemarahan kita mempertahankan Islam adalah betul dan tepat, malah jika kita menampar seseorang yang didapati terus menghina Islam… juga dikategorikan sebagai akhlak yang mulia.

Teman teringat pada masa dulu seorang kawan teman memberitahu kami di markaz dalam kerja – kerja pilihanraya, katanya semasa beliau dalam perjalanan ke tempat kami ada terpampang banner di gigi jalan yang memperfitnah Tok Guru Nik Aziz….` kata teman kenapa ` mike ` tak turunkan banner itu ` ….alasan yang diberikannya ` saya takut dan nanti apa orang akan kata ``…teman kata kat dia….itu bukan takut, tapi binggung….dia diam tanda faham teman tengah naik angin tu….`

Teman juga teringat ada kawan teman ceritakan dalam program umNO di Sungei Siput, Sammy Vellu pernah berkata dalam majlis itu ` Quran boleh buat jalanraya ke ` . Teman tanya dia adakah orang PAS berada dalam majlis itu….jawabnya ` ada `, tapi membisu. Bayangkan perasaan marah teman mendengarnya ….` kalaulah aku ada ` akan aku amuk ` majlis itu. Maksud teman bangun berhujah.

Ada yang mampu menghadapi kesusahan dengan perasaan tenang. Namun, ada pula orang yang menghadapi persoalan kecil saja dianggapnya begitu besar. Semuanya bergantung pada kekuatan ma'nawiyah (keimananan) seseorang. Pada dasarnya, tabiat manusia yang berbagai: keras dan tenang, cepat dan lambat, bersih dan kotor, berhubungan erat dengan keteguhan dan kesabarannya berinteraksi dengan orang lain. Orang yang memiliki keteguhan iman akan menghadapi orang lain dengan sikap pemaaf, tenang,dan lapang dada.

Adakalanya, kita merasa begitu marah dengan seseorang yang menghina diri kita. Kemarahan kita begitu memuncak seolah jiwa kita hilang sedar. Kita merasa tidak mampu menerima penghinaan itu. Kecuali, dengan marah atau bahkan dengan cara menumpahkan darah. Na'udzubillah .

Menurut riwayat, ada seorang Badwi datang menghadap Nabi saw. Dengan maksud ingin meminta sesuatu pada beliau. Beliau memberinya, lalu bersabda, "Aku berbuat baik padamu." Badwi itu berkata, "Pemberianmu tidak bagus." Para sahabat merasa tersinggung, lalu ngerumuninya dengan kemarahan. Namun, Nabi memberi isyarat agar mereka bersabar.

Kemudian, Nabi saw. pulang ke rumah. Nabi kembali dengan membawa Barang tambahan untuk diberikan ke Badwi. Nabi bersabda pada Badwi itu, "Aku berbuat baik padamu?" Badwi itu berkata, "Ya, semoga Allah membalas kebaikan Tuan, keluarga dan kerabat." Keesokan harinya, Rasulullah saw. bersabda kepada para sahabat, "Nah,kalau pada waktu Badwi itu berkata yang sekasar engkau dengar, kemudian engkau tidak bersabar lalu membunuhnya. Maka, ia pasti masuk neraka. Namun, karena saya layan dengan baik, maka ia selamat."

Begitu juga pasangan suami-isteri yang tidak memiliki ketenangan jiwa. Mereka tidak akan mampu melayarkan bahtera hidup. Karena, masing-masing tidak mampu memejamkan mata atas kesalahan kecil pasangannya. Bagi orang yang imannya telah tumbuh dengan subur dalam dadanya. Maka, tumbuh pula sifat-sifat jiwa besarnya. Subur pula rasa kesedaran dan kemurahan hatinya.

Dari Abdullah bin Shamit, Rasulullah saw. bersabda, "Apakah tiada lebih baik saya memberitahu tentang sesuatu yang dengannya Allah meninggikan gedung-gedung dan mengangkat derajat seseorang?" Para sahabat menjawab, "Baik, ya Rasulullah. Rasulullah saw bersabda, "Berlapang dadalah kamu terhadap orang yang membodohi kamu.

Engkau suka memberi maaf kepada orang yang telah menganiaya kamu. Engkau suka memberi kepada orang yang tidak pernah memberikan sesuatu kepadamu. Dan, engkau mau bersilaturahim kepada orang yang telah memutuskan hubungan dengan engkau." (HR. Thabrani) Sabdanya juga, "Bahwasanya seorang hamba apabila mengutuk kepada sesuatu, naiklah kutukan itu ke langit. Lalu, dikunci pintu langit-langit itu buatnya. Kemudian, turunlah kutukan itu ke bumi, lalu dikunci pula pintu-pintu bumi itu baginya. Kemudian, berkeliaranlah ia kekanan dan kekiri. Maka, apabila tidak mendapat tempat baru, ia pergi kepada yang dilaknat. Bila layak dilaknat (ertinya kalau benar ia berhak mendapat laknat), tetapi apabila tidak layak, maka kembali kepada orang yang mengutuk (kembali ke alamat si pengutuk)." (HR. Abu Dawud)

Berhadapan dengan ` sangka ribut ` umNO perlu tinggikan kesabaran dan berjiwa besar dan setiap kemelut dihadapi dengan penuh matang, bijaksana dan berhemah.

Kini jiwa teman semakin tenang kerana ketenangan mampu menyelesaikan masalah. Tarbiyyah Tok Guru mematangkan perjuangan.

Zaman itu telah pun berlalu.

http://dengantenang.blogspot.com

No comments

Powered by Blogger.