Gemuk Tak Mahu Debat Dengan Namewee

Rosnah tidak akan layan cabaran Namewee

BESUT, 3 Sept — Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin tidak akan melayan sebarang cabaran dari Meng Chee atau Namewee untuk berdebat secara terbuka mengenai klip video kontroversinya yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Katanya, tindakan Namewee menerbitkan klip video terbarunya itu selepas klip video “Negaraku” sebelum ini menunjukkan pemuda itu masih belum berubah dengan melakukan tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

Rosnah berkata Puteri Umno telah mendesak kerjaan mengambil tindakan tegas terhadap pemuda berusia 27 tahun itu dari Muar, Johor, itu kerana mengulangi perbuatan biadabnya.

Klip video terbaru Namewee mengisahkan seorang pengetua sekolah didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman.

“Sebarang cabaran dari blogger itu (Namewee) tidak harus dilayan kerana ianya jelas telah melakukan kesalahan sebagai rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita pada majlis Jelajah Tamadan Puteri Umno di sini.

Dalam perkembangan lain, Rosnah, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata beliau akan membawa isu anak Terengganu terutamanya di kawasan utara negeri yang dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, supaya tidak diberikan status rakyat Kelantan.

Katanya, rundingan akan dibuat terlebih dahulu dengan pelbagai kementerian dan agensi bertanggungjawab supaya anak Terengganu yang dilahirkan di HUSM terus diberikan taraf kerakyatan Terengganu.

Kebanyakan wanita yang menghadapi masalah untuk melahirkan anak selalunya dirujuk ke HUSM kerana ia lebih dekat dengan Hospital Sultana Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, sekaligus menyebabkan anak yang lahir mendapat sijil kelahiran di Kelantan.

Perkara itu didakwa menimbulkkan pelbagai masalah terutamanya untuk mendapatkan hak keistimewaan yang diberikan kepada anak kelahiran Terengganu.

Mengenai program jelajah itu, Rosnah berkata ianya ianya telah dilaksanakan di beberapa buah negeri dalam usaha merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat dan anggota sayap itu. — Bernama

No comments

Powered by Blogger.