Hari Malaysia Sebagai Ingatan Hormati Hak, Kuasa Kerajaan Negeri

SHAH ALAM 18 Sept - Sambutan Hari Malaysia akan lebih bermakna jika Kerajaan Persekutuan menggembalikan hak dan kuasa kerajaan negeri yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Ezli Mashut menegaskan 16 September yang merupakan sambutan Hari Malaysia perlu memperkukuh semangat rakyat Malaysia untuk membina sebuah negara yang progresif dan dinamik di peringkat antarabangsa.

"16 September perlu diingati sebagai tarikh keramat yang menyatukan negeri-negeri di Malaysia. Maka, adalah wajar Kerajaan Persekutuan menghormati kuasa negeri-negeri dalam beberapa hal tertentu yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Apa ertinya kita meraikan hari 16 September sebagai Hari Malaysia tetapi Kerajaan Persekutuan dalam perkara-perkara tertentu tidak menghormati kuasa dan hak kerajaan negeri," kata Ezli dalam satu kenyataan Khamis lalu.

Dalam hal ini, AMK Selangor menggesa agar isu air antara Kerajaan Persekutuan dan Selangor dapat diselesaikan segera dengan mengembalikan pengurusan air kembali kepada kerajaan negeri.

Ini bagi memastikan kebajikan rakyat dalam bekalan air Selangor terus terbela.

"Kita juga menggesa agar Kerajaan Persekutuan mengembalikan hak dan royalti minyak kepada negeri-negeri berkenaan dengan segera dan pada kadar peratusan yang lebih adil dan munasabah.AMK Selangor mendesak agar peruntukan kewangan dipertingkatkan dan berharap tidak ada kekangan politik untuk menyalurkan terus kepada kerajaan negeri.

No comments

Powered by Blogger.