Isu Istana Kelantan : 5 Sebab Mengapa Kita Harus Bersyukur

5 Sebab Mengapa Kita Harus Bersyukur

Pertamanya, saya mengucapkan kesyukuran kepada Allah, kerana akhirnya kebenaran tertegak juga di Istana Kelantan pada hari ini (baca di sini). Berkat doa rakyat Kelantan yang mahu melihat institusi raja negeri tersebut berada di landasan yang sebenar, semakin jelas kelihatan. Saya, menyokong sepenuhnya pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baharu. Daulat Tuanku! Sudah terlalu lama polemik dan konflik mewarnai istana Kelantan - sehingga kebenaran hampir sahaja tertutup dan terkunci rapat, tetapi kini. Cahaya kebenaran sudah semakin menyinar, tatkala seorang raja berjiwa rakyat dimasyhurkan secara rasmi, mengikut lunas undang-undang tubuh kerajaan negeri Kelantan, sekali gus membuatkan para penentang Tengku Faris semakin panas punggung. Terdapat lima kebaikan atas pemasyuran Tengku Faris sebagai sultan Kelantan yang baharu, iaitu :

1. Kebenaran pasti akan terselah berhubung hakikat sebenar punca "penyakit" yang telah melanda batang tubuh ayahandanya setahun yang lalu. Ramai yang menginginkan kepastian mengapa secara tiba-tiba KDYMM Tuanku Ismail Petra mengidap penyakit yang membuatkan baginda terus lumpuh dan gering lebih daripada setahun lamanya. Rakyat mahu mengetahui laporan perubatan baginda secara telus - dan sesiapa sahaja yang terlibat menyebabkan KDYMM Tuanku Ismail Petra menjadi sedemikian rupa, mesti di hadapkan kemuka pengadilan dengan segera.

2. Pemasyhuran Tengku Muhammad Faris sebagai sultan Kelantan yang baharu - adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh rakyat Kelantan. Baginda bukan sahaja sanggup mencemar duli semata-mata ingin bertemu dengan rakyat jelata, bahkan kebolehan baginda menjadi imam solat untuk saf kepimpinan negeri dan rakyat Kelantan, patut dicontohi oleh sultan dan raja di negeri-negeri lain. Ia merupakan contoh dan teladan yang baik. sebagai Ketua Agama Islam negeri, sudah semestinya setiap sultan dan raja mampu menjadi imam solat berjemaah, agar menjadi ikutan rakyat jelata.

3. Pemasyhuran ini juga akan menyelesaikan segala konflik dan masalah dalaman Istana Kelantan yang sudah terlalu lama. Perebutan tahta semakin menjadi-jadi, sehingga melibatkan insiden yang merisaukan rakyat Kelantan. Kes seorang pegawai Tengku Faris yang ditembak dan mengakibatkan kematiannya -harus segera diselesaikan. Rakyat ingin tahu, siapakah dalang di sebalik kes tersebut.

4. Rakyat Kelantan juga mahu mengetahui siapakah dalang yang memaksa baginda KDYMM Tuanku Ismail menceraikan isteri keduanya, Elia Suhana dengan talak tiga sekali gus? Banyak pihak merasa ragu bahawa KDYMM tergamak mencerai isteri keduanya dengan talak tiga, kecuali ada tangan ajaib yang melakukannya.

5. Rakyat juga mahu mengetahui siapakah gerangan yang selama ini membuat kacau di istana Kelantan? Siapa sebenar yang mahukan harta? Dan siapa pula yang mahukan kuasa? Semua ini perlu dijawab. Sudah tiba masanya Tengku Faris menggunakan kuasa yang ada padanya untuk menegakkan kebenaran di istana Kelantan dan mengheret sesiapa sahaja yang terbukti melakukan komplot untuk menjatuhkan KDYMM Tuanku Ismail - sama ada melalui cara "merosakkan" kesihatannya, mahu pun melalui cara "mempengaruhi" pemikirannya. Walauapa pun hakikatnya, berkahwin dua atau tiga bukanlah perbuatan dosa, apatah lagi jika seseorang itu berkemampuan. Tetapi, malangnya ramai wanita tidak upaya memahami hikmahnya. Mereka lebih selesa mengikut emosi daripada akal yang sihat. Wallahualam. Daulat Tuanku!

[Sumber]

No comments

Powered by Blogger.