Keluarga Sosilawati Perlu Bersabar- Hasan Ali
GOMBAK, 16 SEPT- “Doakan agar ibu saya selamat”, itu rintihan hati anak-anak Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya dengan nada sayu setibanya Datuk Dr Hasan Ali, Pesuruhanjaya PAS Selangor merangkap Adun Gombak Setia di Taman harmonis semalam.
Suasana pilu menyelubungi rumah tersebut, jelas kelihatan kesayuan di wajah anak-anak serta saudara – mara dan jiran tertangga yang sukar menerima musibah yang menimpa.
Ternyata musibah yang menimpa Allahyarhamah Sosilawati bersama tiga yang lain sukar untuk diterima oleh seluruh rakyat Malaysia lebih–lebih lagi kepada ahli keluarga dan saudara-mara mereka yang terlibat.
Hasan yang juga Exco Kerajaan Selangor melahirkan rasa simpati dan kesal di atas perbuatan yang dilakukan oleh penjenayah yang tidak bertanggungjawab dan perikamanusiaan.
“Peristiwa yang menyayat hati ini telah memberi kesedaran kepada semua rakyat dan diharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan secara professional dan sewajarnya keatas semua yang terlibat.
Peristiwa ngeri yang berlaku ini telah diterangkan sendiri oleh Bukhari (bekas suami Sosilawati) secara terperinci kepada saya,” katanya.
Selain daripada itu, Bukhari juga menjelaskan bahawa polis telah menjumpai beberapa bahan bukti terbaru. Sampel ujian DNA juga telah diambil kepada semua waris untuk tujuan pengesahan.
Wakil keluarga mangsa juga menyatakan harapan agar mana-mana pihak tidak membuat sebarang spekulasi ke atas peristiwa yang berlaku selagi tidak mendapat pengesahan jawapan yang sahih daripada pihak berkuasa.
Sementara itu, Hasan juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga, saudara – mara Allahyarhamah yang sudi meluangkan masa kepada rombongan kami dengan begitu sempurna dan amat baik sekali.
Beliau berharap agar ahli keluarga Sosilawati dapat bersabar dengan ujian yang melanda. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya tersendiri, katanya.

No comments
Post a Comment