Kertas siasatan isu pengetua dibentangkan kepada lembaga disiplin
Muhyddin menggesa agar keputusan segera dibuat berhubung kenyataan Siti Inshah. — gambar fail
PUTRAJAYA, 3 Sept — Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membentangkan kertas siasatan berhubung seorang pengetua sekolah di Johor yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman kepada Lembaga Disiplin Jabatan Perdana Menteri (JPM) selepas Hari Raya Aidilfitri.
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata langkah tersebut akan menentukan sama ada kertas pertuduhan akan dikeluarkan terhadap pengetua tersebut.
“Saya telah menerima kertas siasatan dari Jawatankuasa Siasatan Kementerian Pelajaran petang semalam, dan saya bersama beberapa pegawai JPA sedang menelitinya.
“Jika ada asasnya (untuk mengambil tindakan), kami akan membentangkan kepada Lembaga Disiplin JPM bagi mendapatkan persetujuan untuk mengemukakan pertuduhan kepada pengetua tersebut,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama media, di sini, semalam.
Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Abu Bakar membuat keputusan segera berhubung kenyataan berbaur perkauman oleh Pengetua Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra, Siti Inshah Mansor, Kulai, Johor, baru-baru ini.
Dia didakwa menyebut pelajar Cina tidak diperlukan di sini dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai oleh pelajar India seperti rantai anjing adalah amat menjijikkan.
Sebelum itu, Muhyiddin telah mengumumkan sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan tersebut bagi mendapatkan fakta sebenar perkara itu.
Abu Bakar berkata jika kertas pertuduhan dikeluarkan, pengetua terbabit akan diberikan peluang untuk membela diri sebelum sebarang keputusan dibuat.
“Kami akan teliti pembelaan Siti Inshah sebelum sebarang hukuman di bawah Peraturan Tatatertib Penjawat Awam diambil,” katanya. — Bernama

No comments
Post a Comment