Kerusi timbalan presiden PKR kosong, Syed Husin sahkan tak pertahan
PETALING JAYA, 14 Sept — Senator Dr Syed Husin Ali mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan jawatannya timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti November ini.
Sebagaimana dijangkakan dan pernah dimaklumkan kepada The Malaysian Insider awal tahun ini, Syed Husin berkata, sudah sampai waktunya untuk berundur meskipun pelbagai pihak meminta beliau terus bertanding.
Beliau sebenarnya bercadang untuk berundur pada 2007 tetapi dipujuk bertanding sekali lagi dan menang tanpa cabaran.
“Akhir-akhir ini ramai juga pemimpin pusat, negeri, cabang dan anggota biasa yang menghantar SMS atau emel dan menelefon meminta bahkan menggesa saya agar bertanding.
“Macam-macam hujah mereka kemukakan. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka,” kata beliau dalam kenyataan bertulis.
Pemimpin berusia 74 tahun ini menambah sebenarnya beliau ingin melihat orang yang lebih muda dan aktif menggantikan tempatnya.
“Walaupun dalam umur tepat 74 tahun minggu depan, insya-Allah, saya terkadang merasa belum tua lagi.
“Saya ingin menumpukan lebih banyak masa kepada menulis. Selain isteri, anak dan cucu ini merupakan cinta utama saya,” katanya.
Justeru, ada yang berpendapat bahawa pengumuman Syed Husin hari ini akan menjadi penentu sama ada Naib Presiden Azmin Ali yang baru-baru ini menerima sokongan daripada 20 ahli Parlimen dan majoriti ADUN dari Selangor dan Negeri Sembilan akan bertanding ataupun sebaliknya.
Kerusi itu kemungkinan disaingi tiga lagi calon termasuk ahli Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak turun gelanggang.
Selain Azmin dan Zaid, dua lagi pemimpin yang dijangka turun gelanggang ialah Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub dan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Dr Muhd Nur Manuty.
Kesemua 218 cabang PKR akan mengadakan mesyuarat tahunan masing-masing mula 17 September ini.
Semalam, kepimpinan PKR Kedah mahu kesemua cabang di negeri itu mencalonkan Anwar bertanding jawatan presiden pada pemilihan kali ini.
Syed Husin Ali
Bagi jawatan timbalan presiden PKR negeri itu akan membuat pengumuman dalam sehari dua ini khususnya selepas Syed Husin mengumumkan pendiriannya hari ini.
Minggu lalu Majlis Muafakat Kepemimpinan PKR Selangor mengesyorkan agar Anwar dan Wan Azizah bertanding jawatan timbalan presiden ataupun mengekalkan status quo semasa.
Dalam kenyataannya, Syed Husin menamah, sudah lama beliau membayangkan hasrat mahu mengundurkan diri daripada jawatan timbalan presiden apabila sampai waktunya.
“Saya telah berbincang dengan keluarga, beberapa orang pemimpin parti dan juga sahabat rapat. Kini saya mengambil keputusan tidak akan bertanding,” kata beliau.
Syed Husin menegaskan, keputusannya tidak bererti beliau akan meninggalkan politik ataupun Parti sepenuhnya.
“Saya menceburkan diri dalam politik dengan memasuki Parti Rakyat Malaysia pada 1958.
“Saya menyandang jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat semenjak 2003. Politik dan perjuangan untuk rakyat sudah menjadi darah daging saya.
“Oleh itu tidak mudah bagi saya meninggalkannya begitu saja,” katanya.
Sehubungan itu Syed Husin berkata beliau berharap agar PKR pusat, Wanita dan Angkatan Muda akan dipimpin oleh tokoh-tokoh yang komited kepada asas-asas perjuangan parti seperti termaktub dalam perlembagaannya, menghormati disiplin organisasi parti, sudah teruji merentas duri dan ranjau perjuangan, bergerak secara berpasukan, menentang amalan korupsi dalam segala bentuk dan mendukung nilai akhlak yang tinggi.
“Terserahlah kepada anggota-anggota parti bagi menentukan siapakah yang mereka mahu menjadi pemimpin.
“Cara pemilihan, yang baru diperkenalkan oleh PKR dengan memberi setiap anggota satu undi adalah cara yang demokratik.
“Jikalau tidak silap saya, parti ini merupakan satu-satunya parti politik dalam dunia yang mengamalkan cara ini.
“Adalah penting cara ini dilaksana dan diamalkan oleh setiap calon yang bertanding dan setiap anggota yang mengundi dengan cara yang adil, bersih, telus dan bebas dari korupsi politik wang,” katanya lagi.
[Sumber]

No comments
Post a Comment