Ketua AMK Shamsul tanding naib presiden PKR
Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz
KUALA LUMPUR, 16 Sept – Kerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) juga menyaksikan kekosongan dengan penyandangnya Shamsul Iskandar Mohd Akin mengumumkan akan bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan kali ini.
Shamsul Iskandar yang memenangi kerusi itu tiga tahun lalu berkata, penawaran diri untuk bertanding naib presiden adalah bagi mengamalkan sistem demokratik yang lebih terbuka.
Dengan itu persaingan ketua AMK dijangka tiga penjuru.
“Demi meraikan peranan dan suara generasi muda yang kian aktif tahun ini, Keadilan mengorak langkah yang berbeza dan unik melalui pelaksanaan sistem pengundian demokratik yang julung kali berlaku dalan sejarah parti politik Malaysia, bagaimana suara setiap anggota didengar dan diperinci sehalusnya,” kata beliau pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman di sini, petang ini.
Beliau berkata AMK mengalu-alukan perubahan ini yang menyaksikan AMK bangkit dengan kematangan yang berbeza.
Shamsul Iskandar menambah, menginsafi realiti bahawa generasi muda harus memainkan peranan yang lebih besar dalam pembudayaan demokrasi dalam Keadilan, ekoran itu perlu ada pertimbangan untuk generasi muda.
“Saya dengan ini mengumumkan untuk menawar diri untuk mengisi ruang kepimpinan parti sebagai naib presiden PKR,” katanya.
Shamsul Iskandar dikatakan akan menyertai barisan pasukan Azmin Ali yang pagi tadi mengumumkan akan bertanding kerusi timbalan presiden.
Difahamkan keputusan itu dicapai hasil kompromi kelmarin.
Ketika ditanya sama ada beliau sebahagian daripada pasukan Azmin pada pemilihan kali ini, Shamsul Iskandar berkata, adalah terlalu awal untuk mengaitkan dengan mana-mana pesaing kerusi timblana presiden parti.
“Saya merasakan adalah terlalu awal untuk mengatakan begitu. Saya juga dengar Azmin Ali juga akan bertanding jawatan lebih tinggi tetapi biar kita tunggu proses pencalonan,” kata beliau.
“Malah keputusan saya juga bukan muktamad, jika tidak mendapat sebarang pencalonan, saya tidak boleh bertanding,” katanya lagi.
Turut hadir pada sidang media beliau ialah Rafizi Ramli mengumumkan untuk merebut kerusi ketua AMK.
Selain itu, Shamsul Iskandar menambah, PKR telah membuktikan kemampuannya sebagai sebuah platform yang menyediakan ruang dan peluang yang kondusif bagi generasi muda mengambil alih tampuk pimpinan negara.
Jelasnya dukungan penuh ke atas pimpinan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan lebih bermakna dengan kemampuan pimpinan untuk mendampingi generasi muda.
Ditanya oleh pemberita sama ada beliau menerima sokongan padu daripada semua ahli, Shamsul Iskandar berkata, beliau menerima sokongan itu.
“Ketua cabang dan bakal ketua cabang turut hadir dari seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata sudah sampai masanya beliau melepaskan jawatannya sekarang supaya lebih ramai anak muda bertanding.
“Setelah mendengar pandangan rakan-rakan, untuk mempertahankan jawatan ketua tetapi saya berpendapat supaya orang muda dicalon bagi mengangkat karisma mereka,” katanya.
Sementara itu, wakil Ketua Wanita PKR pusat Hasnah Hashim berkata, wanita tetap memberi sokongan padu kepada Shamsul Iskandar biar apa pun jua rintangan yang bakal dihadapinya.
“Pengakuan daripada Shamsul, Wanita PKR meraikan Shamsul masuk gelanggang bertanding naib presiden.
“Karisma Shamsul sangat diyakini bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13,” katanya.
Beliau berharap kesemua anggota parti menyambut berita gembira ini.
Rafizi pula berkata bersedia menggalas tanggungjawap barunya sekira menang pada pertansingan pemilihan parti nanti.
“Saya hadir bagi meraikan sokongan penuh dan tindakan bijak Shamsul menawar diri.
“Untuk sampai ke Putrajaya, sokongan padu 4.6 juta orang muda diperlukan,” katanya.
Selain Rafizi, Badrul Hisham Shaharin dan Hasmi Hashim akan turut bertanding bagi menyandang jawatan Ketua AMK pusat.
Dijangkakan pemilihan kempipinan parti 2010 akan diadakan pada November ini.

No comments
Post a Comment