Muszaphar jemput 100 angkasawan ke majlis perkahwinan 10 Okt
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
KUALA LUMPUR, 21 Sept — Angkasawan Negara pertama Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha telah menjemput lebih 100 angkasawan dari seluruh dunia bagi menghadiri majlis perkahwinan beliau dengan gadis pilihannya Dr Halina Mohd Yunos pada 10 Oktober ini.
Beliau yang akan diijabkabulkan kira-kira tiga minggu lagi mengakui turut menjemput Putera Mahkota Arab Saudi Putera Sultan Salman.
Laporan Harian Metro hari ini mengatakan Dr Sheikh Muszaphar sudah menghantar surat jemputan dan kebanyakan daripada mereka sudah mengesahkan kehadiran pada majlis itu.
Beliau kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007 selepas berada di angkasa lepas selama 11 hari.
“Buat masa ini, persiapan sudah 80 peratus selesai dan saya mengakui menguruskan sendiri majlis itu bagi memastikan setiap perancangan berjalan lancar.
“Sudah sampai masa untuk saya menjadi suami selepas menjalinkan hubungan lebih lapan tahun dengan kekasih hati.
“Malah buat masa ini saya sedang mempersiapkan diri dengan mendalami imu agama supaya mampu menjadi suami terbaik,” katanya.
Beliau berkata walaupun jadualnya padat dengan pelbagai program sehingga sehari sebelum hari bahagianya, beliau lebih selesa menguruskan sendiri majlis perkahwinannya.
“Bukan tidak percaya dengan keluarga atau rakan, tetapi saya ingin memastikan majlis perkahwinan ini berlangsung seperti dirancang kerana saya seorang yang sangat teliti dalam menguruskan sesuatu perkara.
“Apatah lagi, majlis ini membabitkan hari bersejarah saya dan bakal isteri, sudah pasti saya ingin memastikan ia berlangsung dalam keadaan sempurna dan terbaik seperti dirancang, tetapi pada masa sama keluarga dan rakan juga banyak membantu,” katanya.
Sheikh Muszaphar dan Dr Halina, 30, yang melangsungkan pertunangan di Hotel Klana Resort, Seremban pada 1 Januari lalu dan menetapkan 10 Oktober sebagai tarikh perkahwinan mereka bersempena tarikh angkasawan terbabit dipilih berlepas ke angkasa tiga tahun lalu.
Bertemakan ‘Pahlawan Melayu di Istana Kayangan’, pasangan berkenaan dijangka melangsungkan pernikahan pada waktu pagi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya yang terbuka kepada orang ramai sebelum majlis resepsi pada malamnya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Pasangan merpati dua sejoli itu dijangka mengenakan beberapa persalinan dari Putra Cosry untuk majlis akad nikah dan majlis resepsi.
Pada masa sama, Sheikh Muszaphar turut menjemput semua rakyat Malaysia menghadiri majlis perkahwinannya sebagai penghargaan dan hadiah kepada orang ramai yang sentiasa mendoakan kejayaannya selama ini.
“Walaupun sudah bergelar suami selepas ini, saya masih milik negara dan sentiasa menyokong serta membantu program berkaitan angkasa lepas sebagai usaha membuka mata masyarakat terutama golongan muda mendalami ilmu sains dan teknologi,” kata beliau dipetik berkata.

No comments
Post a Comment