Najib Kering Idea Jana Ekonomi, Guna Judi Jalan Terakhir
Oleh Fazli Othman
SHAH ALAM 24 Sept - Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian beliau terhadap isu judi yang dilihat kian terdesak untuk mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak enam peratus setahun seperti yang dicanangkan kepada rakyat sebelum ini.
Ini berikutan langkah kerajaan Umno-Barisan Nasional memasukkan perancangan membina sebuah kasino di Sabah sebagai sebahagian daripada ETP (Program Transformasi Ekonomi).Projek itu dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri, dan dikatakan menjadi sebahagian daripada projek pelancongan hijau di Karambunai yang turut membabitkan pembinaan pusat rekreasi air atas tapak 500 ekar.
Mengulas cadangan tersebut, Azan berkata tindakan terdesak Najib adalah untuk memastikan ekonomi Malaysia terus bertahan akibat budaya penyelewengan serta rasuah oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional dan usaha mengatasi masalah pelaburan langsung asing (FDI) yang menjunam dengan begitu teruk sekali di bawah pentadbirannya.
"Beliau amat terdesak kini dan jalan paling mudah yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN adalah melalui hasil perjudian untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara.
"Sebelum ini, mereka cuba meluluskan lesen judi bola sepak kepada kroni mereka, Tan Sri Vincent Tan tetapi tidak menjadi akibat ditentang hebat oleh rakyat," kata Azan kepada Suara Keadilan.
Namun katanya, selepas tidak berjaya dengan lesen judi sukan itu, kini terbukti Najib meneruskan niat menggunakan pendekatan judi apabila mahu membina kasino pula di Karambunai.
Ini memperlihatkan sikap pemimpin Umno-BN yang sudah ketandusan idea menjana ekonomi negara melainkan melalui hasil judi.
Tambah Azan, idea membina kasino ini mungkin timbul untuk menuruti langkah Singapura yang membuka wilayah perjudian untuk menjana pendapatan.
"Najib berkemungkinan bersengkokol dengan pemimpin Umno-BN untuk menjadi terkenal di kalangan negara Asean sebagai salah satu negara utama menjana aktiviti perjudian.
"Adakah kita ingin menggilap nama negara sebagai pusat perjudian? Najib nampaknya sepakat dengan Singapura untuk menjadi wilayah perjudian terbesar di Asia Tenggara," soal beliau.
Apa yang dikesalkan kata Azan, Malaysia yang pernah menjadi pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), tetapi sekarang menjadi terkenal menjalankan aktiviti perjudian terkemuka di kalangan negara Asean.

No comments
Post a Comment