Najib mahu LDP hormati prinsip BN

SANDAKAN, 16 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu Parti Liberal Demokratik (LDP) menggunakan prinsip setiakawan dan semangat Barisan Nasional (BN) ketika menangani sebarang masalah yang melibatkan parti komponen BN lain.

Najib yang juga pengerusi BN berkata pendekatan yang selama ini diamalkan BN perlu dihormati bagi memastikan keharmonian dalam parti berkenaan terus terpelihara.

“Kita punya perinsip dalam BN ialah semua permasalahan kita rundingkan secara keluarga dalam BN.

“Kita tidak menzahirkan secara terbuka kerana ini boleh menimbulkan kesan yang tidak sihat dan tidak baik kepada imej BN.

“Jadi saya berharap parti LDP akan mengamalkan prinsip BN,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Juara Rakyat Peringkat Negeri Sabah dan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di sini hari ini.

Baru-baru ini, Timbalan Presiden LDP Datuk Chin Su Phin mengatakan beliau tidak dapat bekerjasama dengan Katua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman namun akan terus bekerjasama dengan Umno dan setia dengan BN.

Berikutan kenyataan itu, naib presiden LDP yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Peter Pang En Yin serta Menteri Belia dan Sukan Sabah mengumumkan keluar daripada LDP.

Menurut Najib pihak berkaitan isu berkenaan sudah menemuinya dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan penyelesaiannya sedang diusahakan.

Mengenai kedudukan Pang yang belum menyertai mana-mana parti politik dalam kerajaan negeri Sabah, beliau berkata setakat ini statusnya masih kekal sehingga keputusan muktamad diambil.

Menurutnya pihaknya sedar mengenai prinsip BN berkaitan dengan kedudukan Pang dan perkara berkenaan akan diselesaikan dalam masa terdekat.

[Sumber]

No comments

Powered by Blogger.