Najib tiba di Singapura untuk rundingan bilateral
SINGAPURA, 19 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini malam ini untuk melakukan lawatan kerja 24-jam ke republik ini.
Perdana Menteri, diiringi isteri, Datin Sri Rosmah Mansor, mendarat di Lapangan Terbang Changi dengan pesawat khas Malaysia dari Kuala Lumpur. Najib dijadual mengadakan mesyuarat empat mata dengan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Istana esok.
Ini diikuti dengan mesyuarat delegasi melibatkan kedua-dua perdana menteri itu dan beberapa orang anggota kabinet mereka. - Bernama

No comments
Post a Comment