Nik Aziz: Saya tidak tamak kekal MB Kelantan

KOTA BARU, 26 Sept — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak menyimpan sedikit pun perasaan tamak untuk terus kekal memegang jawatan itu yang telah disandangnya sejak 1990.

Nik Aziz berkata ia bukan kehendaknya tetapi adalah keputusan pucuk pimpinan PAS sendiri yang mahukan beliau terus memegang jawatan itu.

“Saya sendirilah jadi Menteri Besar ini tak ada tamak sikit habuk tapi telah dipilih oleh parti. Jadi Menteri Besar, kalau boleh nak suruh orang lain (ganti) tapi lepas setahun, setahun, lepas sepenggal, sepenggal (terus memegang jawatan itu),” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Mursyidul Am PAS itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu program Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Pasir Mas semalam yang mengingatkan pemimpin Melayu termasuk dari parti pembangkang supaya tidak menggadaikan hak-hak orang Melayu semata-mata hendak mendapat tempat dan ingin menjadi Perdana Menteri.

Menurut Mahathir keadaan itu jika dibiarkan tidak mustahil suatu hari kelak negara ini akan menjadi seperti Singapura dimana bangsa Melayu dan umat Islam tidak lagi bebas bersuara.

Mengulas perkara itu, Nik Aziz berkata apa yang dinyatakan oleh Dr Mahathir itu diterimanya dengan baik dan boleh dijadikan sebagai peringatan kepada semua pihak termasuk daripada parti pembangkang. — Bernama

1 comment

Cucu said...

Betul tu...!
Yg sebenarnya tamak kuasa ialah Mahathir kerana berdegil jadi PM selama 22 tahun yg menyebabkan negara ini porak peranda dan papa kedana spr Zimbabwe.
Dibawah pemerintahan TGNA- negara Kelantan jauh lebih maju dan pentadbiran secara islammya mendapat pengiktirafan dan dihormati dunia.Kelantan merupakan sebuah negara maju yg siasahnya setanding dengan Jepun dan Korea. Dibawah pemerintahan TGNA tiada jenayah dan maksiat yg berlaku di Kelantan spr yg berlaku di Selangor dan Amerika.Kita mahu biarlah TGNA terus memerintah Negara Kelantan dan juga Malaysia agar semua penduduk negara ini menjadi org Islam yg sejati.HIDUP TGNA...!!

PAS FOR ALL

Powered by Blogger.