Panas: Siapa sabotaj Zaid?

Semasa pilihanraya Kecil Hulu Selangor, aku membantu Fuziah Salleh di Ampang Pecah. Siapa yang pernah kerja dengan Fuziah Salleh boleh cerita macam mana teruk nak penuhi kehendak dia. Silap sikit dia tau main marah saja sampai aku pun pernah gaduh dengan dia. Tapi aku tak pernah kecil hati dengan dia, walaupun kerja tengah mati dalam keadaan serba kekurangan. Semua peralatan aku bawa sendiri dari rumah. Dari printer sampai stapler. Budget langsung tak ada. Nasib baik Datuk Seri Nizar mai huloq sedekah.

Kerja tengah mati, kalau kalah disebabkan umno memang kuat, aku tak heran. Macam kat Bagan Pinang. Tapi bila ada orang dalam sabotaj, yang tu aku tak boleh terima. Tu pasai bila habis pilihanraya, kesimpulan aku ialah PKR kalah kerana salah sendiri.

Semasa kempen, blogger Umno buat gambar Zaid tonggang arak. Masa mengundi, ada orang mengaku Counting Agent dari PKR. Akhirnya di Daerah Mengundi Bandar Kalumpang, walaupun jumlah kertas undi yang dikeluarkan melebihi jumlah pengundi, tapi Counting Agent PKR membiarkannya.

Poster Zaid yang dicetak sebanyak 15,000 keping hilang…sehingga terpaksa dicetak sekali lagi. Sapa punya kerja? Bendera yang sudah tersedia di Ibu Pejabat tetapi tidak dikeluarkan sehinggalah bayaran selesai. Pasai apa? Sapa punya kerja?

Hari ini aku dapat email ini dari seorang yang aku tak kenal. Hangpa bacalah sendiri. Email ini dihantar kepada Tan Sri Khalid sebelum Calon PKR diumumkan.

To: Tan Sri Khalid Ibrahim,
Markas Kempen P094, Hulu Selangor

From: Mohamed Azmin Ali

Subject: Isu Yang Boleh di bangkitkan oleh BN terhadap Zaid Ibrahim

Date : 5 April 2010

Tinjauan kami mendapati bahawa BN/UMNO akan bangkitkan isu berikut berkenaan Dato Zaid Ibrahim sebagai calon di P094 Hulu Selangor.

1. PERIBADI

A. Isu moral – Zaid dikenali sebagai kaki minum dan juga gemar berjudi di kasino.

B. Zaid tiada asas agama, malahan dia pernah saman Pas berkenaan hukum hudud

C. Pernah membohongi orang sewaktu menjadi MP Kota Bharu.

D. Tidak jujur dan amanah – Zaid terlibat isu merampas harta UMNO di Kota Bharu

E. Orang Umno pernah mengadu Zaid banyak tipu muslihat – dia juga pandai menyeleweng isu

F. Pendendam – Zaid lama dikenali sebagai seorang yang sanggup berpatah arang dan berkerat rotan bila memusuhi sesiapa pun.

G. Zaid juga ‘maverick’ dalam Umno, dia tidak taat kepada ketua, suka bertindak sendiri dan membelakangi organisasi

2. DASAR PERJUANGAN

A. Zaid pernah tolak hukum hudud dan pernah bawa isu hudud PAS ke Makhamah, Amat sukar bagi kita meletakkan Zaid bersama Pas atas pentas yang sama

B. Kurang semangat Melayu – sejak awal Iagi Zaid amat liberal dan setuju hapus DEB, isu yang sensitive bagi ramai orang Melayu

C. Matlamat halalkan cara ia itu Zaid menggunakan apa saja cara untuk dapatkan kuasa. Di Kota Bharu, Zaid dikenali sebagai membelanja jutaan ringgit untuk rebut jawatan ketua UMNO Kota Bharu (semasa cabar Dato Rastom).

D. Selalu mahu sistem yang ada untuk diganti dengan cara dan pandangan sendiri walaupun parti jadi taruhan. Inilah yang mengakibatkan Zaid tersingkir dari Umno.

E. Berkiblat kepada barat, malah Zaid lebih barat dari barat.

F. Mengutamakan yang kaya, yang miskin dibiarkan. Seperti mana dilihat orang yang mengelilinginya, kebanyakannya orang kaya sahaja. Zaid paling kurang bergaul dengan orang biasa.

G. Kepentingan diri – Zaid tidak akan buat sesuatu yang boleh merugikan dirinya.

3. REKOD SEWAKTU MENJADI AHLI PARLIMEN KOTA BHARU.

A. Membuat sogokan untuk menang pilihanraya dan juga semasa merebut jawatan parti Umno. Akhirnya Zaid tersingkir dari Umno atas kesalahan rasuah juga.

B. Pernah membuat pelbagai janji kepada kaum Cina dan India tapi bila menang pilihanraya janji tinggal janji sahaja

C. Tak ada satu pun peninggalan beliau yang boleh dibangga oleh rakyat.

D. Mengutamakan kroni dan puak

E. Tak turun padang dan rakyat sukar menemuinya. Di Kota Bharu Zaid bercakap ‘tinggi’ kepada pengundi yang tidak faham apa maksudnya

F. Program2 bersifat agama tidak diminati – Zaid cukup benci mendengar sebarang ceramah agama atau isu berkenaan Islam.

4. PENGALAMAN SEBAGAI KETUA BAHAGIAN

A. Mempertaruh jutaan ringgit untuk memenangi Ketua Bahagian Kota Bharu.

B. Pernah digantung keahlian kerana rasuah politik dan dipecat menjadi ahli UMNO.

C. Mengambil kesempatan menjadikan harta UMNO sebagai miliknya – contoh bagunan UMNO Kota Bharu ditukar menjadi milik persendirian dan hendak dijual olehnya.

D. Mengamalkan politik cantas dan membelakangi struktur parti – ini jelas sewaktu Zaid dalam UMNO dan juga sekarang dalam PKR.

E. Projek dan peruntukan diagih kepada puak dan kroni.

F. Tidak sependapat dengan pemimpin lain dan sentiasa bertindak sendiri

G. Pengarah Bomba Kelantan pernah dipukul oleh pengikutnya didepan mata Zaid sendiri.

H. Ditolak oleh parti dan rakyat bila tidak cukup pencalunan bertanding Ketua Bahagian.

5. SEKIRANYA ZAID DIPILIH

A. Ia akan menjadi kejayaan peribadi bagi Zaid, bukan kejayaan rakyat

B. Tidak dilihat sebagai orang yang mampu berbuat apa2 untuk rakyat kerana ia lebih untuk kepentingan diri.

C. Akan memalukan Pas kerana stail Zaid saman Pas berkenaan isu hudud.

D. Tidak mustahil apa yang terjadi di Kota Bharu akan berlaku dh Hulu Selangor.

Atas sebab-sebab yang disenaraikan, sebarang usaha untuk meletak Dato Zaid sebagai calun harus dikaji sedalam-dalamnya impak.

Sekian untuk makluman

Azmin Ali


mza/5.03.10 sent via Blackberry

[Sumber]

No comments

Powered by Blogger.