Pelabur Terus Jauhi Malaysia Jika Dasar Ekonomi Nafi Elemen Keadilan, Bebas Rasuah
SHAH ALAM 18 Sept - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelabur akan memandang dingin terhadap Malaysia sekiranya pembentangan serta perincian dasar ekonomi menafikan isu dasar berhubung sistem keadilan yang bersih, pentadbiran yang bebas rasuah dan tidak culas serta kepimpinan negara yang meyakinkan
"Pemerintah harus sedar, kebijakan ekonomi yang menafikan perkara dasar serta gagal memberi keutamaan untuk melakukan perubahan terhadap sistem yang curang pastinya dipandang sepi. Pembentangan serta perincian dasar ekonomi namun menafikan perkara yang mendasar tersebut hanya akan disambut dingin. Malangnya hakikat ini terus dinafikan elit pemerintah walau rakyat jelatalah yang menderita menahan beban," kata Anwar dalam satu kenyataannya hari ini.
Beliau berkata laporan terkini Merill Lynch berkaitan pasaran negara begitu membimbangkan.
Menurut laporan tersebut Malaysia kini antara negara yang tidak digemari para pelabur di Asia Pasifik selepas bank tersebut meninjau pandangan pengurus dana.
"Sungguhpun kerajaan cuba memberi gambaran yang serba indah, hakikatnya Malaysia jatuh dua anak tangga dari kedudukan sebelum ini iaitu di tangga ke 10, dan kini di kedudukan tercorot.
"Pastinya berita ini menerbitkan rasa bimbang saya berhubung kedudukan ekonomi semasa negara tatkala kononnya pentadbiran Datuk Seri Najib akan mengemukakan satu kebijakan ekonomi yang diwar warkan bertujuan menarik minat pelabur," tegas Anwar lagi.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menegaskan beberapa perkara mustahak wajar diberi perhatian termasuk pandangan pelabur yang melihat Malaysia sudah tidak lagi mampu bersaing dengan negara jiran yang begitu bertenaga maju ke hadapan seperti Indonesia.
"Tetangga kita itu menurut tinjauan Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum) pula telah melonjak 10 anak tangga ke kedudukan 44 dari 139 negara. Berikutan perkembangan sebeginilah kita sangsi perincian Model Ekonomi Baru yang bakal diumumkan Perdana Menteri mampu memulihkan ekonomi negara yang lembap ini.
"Hasrat kerajaan untuk menjana pelaburan bernilai RM2.2 trillion dalam masa 10 tahun, yang mana 92 peratus daripada jumlah tersebut datangnya daripada pelaburan swasta, pastinya menimbulkan kemusykilan tatkala para pelabur bertindak menjauhi pasaran kita," jelas Anwar.

No comments
Post a Comment