Pelajar baru Malaysia diminta tak bimbang protes Indonesia
JAKARTA, 4 Sept — Pelajar-pelajar baru Malaysia yang tiba di sini untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi Indonesia dinasihatkan tidak bimbang dengan situasi semasa di republik ini.
Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan berkata semua pelajar Malaysia, baru dan lama sentiasa dilindungi kedutaan besar itu, yang mempunyai empat agensi bagi mengawasi mereka.
“Pelajar Malaysia adalah di bawah naungan kedutaan besar, kami akan pastikan kesulitan mereka diberikan perhatian sewajarnya, kami ada Jabatan Penuntut Malaysia Indonesia dari Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MARA dan Pejabat Promosi Pendidikan Malaysia (MEPC) “Dan saya sendiri sebagai duta amat prihatin untuk memastikan anda semua selesa semasa belajar di Indonesia,” katanya kepada sekumpulan pelajar baru Malaysia yang hadir di majlis berbuka puasa untuk rakyat Malaysia di kedutaan besar itu, di Kuningan, Jakarta Selatan.
Sejumlah 40 pelajar baru Malaysia, kebanyakannya ditaja oleh JPA, tiba di sini sejak dua hari lalu untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Ukrida, Jakarta. — Bernama

No comments
Post a Comment