Pemilihan PKR Subang ditangguh ekoran masalah teknikal ‘serius’
Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 26 Sept — Pemilihan cabang PKR Subang ditangguhkan ekoran kesilapan “teknikal yang serius” pada kertas undi, kata ketuanya R. Sivarasa hari ini.
“Wujud kesilapan teknikal yang serius, antaranya nama calon silap dan ada nama calon yang tercicir,” kata beliau ketika dihubungi hari ini.
Oleh itu kata beliau, jawatankuasa pemilihan memutuskan untuk menangguhkan pemilihan ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.
Ahli Parlimen Subang ini yang berhadapan dengan saingan daripada empat calon lain berkata, mesyuarat cabang telah diadakan dengan berjaya tetapi pemilihan bahagian tidak dapat dijalankan oleh masalah-masalah “serius” yang timbul.
Subang merupakan antara 34 cabang yang mengadakan mesyuarat dan pemilihan hari ini.
Ia juga dilihat sebagai cabang yang “panas” mengadakan pemilihan hari ini.

No comments
Post a Comment