Permintaan Sekolah Agama Melonjak Di Selangor

Zainal A. Shamsudin

SHAH ALAM, 23 Sept – Dr Halimah berkata, bagi memenuhi kesedaran rakyat bahawa sekolah ugama ini lebih penting dan lebih terjamin bagi masa depan anak-anak mereka berbanding sekolah biasa, kerajaan sedang mewujudkan satu majlis permuafakatan institutusi majlis pendidikan Islam Selangor (MAPIS) bagi memenuhi keperluan itu.

“MAPIS adalah konglomerat badan bukan kerajaan (NGO) yang selama ini menjadi pengasas kepada sekolah-sekolah agama rakyat di Selangor. MAPIS akan bertindak sebagai majlis yang menentukan sistem pendidikan agama Islam selaras dengan JAIS. Buat masa ini pengasas-pengasas sekolah agama rakyat telah pun menerima cadangan daripada kerajaan negeri serta meletakkan keperluan mereka untuk dipertimbangkan dalam kerajaan dan dalam proses pendaftaran

“Kita mahu lihat juga sekolah agama rakyat yang telah dipinggirkan oleh UMNO-BN kembali teratur dan pentadbirannya lebih baik. Selama ini kita selalu mendengar sekolah agama rakyat kerap terbakar sebab pendawainnya kurang bagus dan kita mahu lihat keperluan infrasturuktur asas, kebajikan guru dan pelajarnya lebih terurus,” katanya.

Dr Halimah juga mengakui, sekolah agama rakyat di selangor agak daif walaupun berada di dalam negara maju. Pada tahun 2009 dan 2010, Pakatan telah memberi bantuan 6 juta ringgit untuk membantu pembangunan fizikal dan pembelajaran sekolah agama rakyat.

No comments

Powered by Blogger.