PROGRAM PEMANGKU RAJA KELANTAN BERSAMA RAKYAT SEPANJANG BULAN RAMADHAN
Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadhan yang berkat ini, Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, telah berkesempatan meluangkan masa Baginda untuk berbuka puasa dan bersolat Terawih bersama-sama rakyat di seluruh pelosok negeri.
Selain berbuka puasa dan bersolat, Baginda juga berkenan menganugerahkan sedikit kurniaan kepada rakyat yang kurang bernasib baik, sama ada di dalam majlis pengurniaan khas atau melalui keberangkatan Baginda ke rumah-rumah mereka.
Walaupun tanpa hebahan meluas, ternyata berita mengenai keberangkatan Baginda begitu cepat tersebar di kalangan rakyat setempat yang segera datang berduyun-duyun untuk berbuka puasa atau bersolat bersama-sama dengan Pemangku Raja yang mereka kasihi.
Pada kesempatan ini, kami di The Kelantan Insider ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada akhbar-akhbar tempatan yang telah memberikan liputan yang baik ke atas keberangkatan Pemangku Raja Kelantan bersama rakyat pada bulan Ramadhan ini.
Sebagai makluman, disertakan di sini lokasi-lokasi yang telah dikunjungi oleh Pemangku Raja Kelantan pada fasa pertama keberangkatan Baginda bersama rakyat pada bulan Ramadhan ini:
1. 5 Ramadhan 1431 bersamaan 15 Ogos 2010 (Ahad): Menunaikan solat asar dan menyempurnakan majlis pengurniaan kepada rakyat di masjid Mukim Perupok, Bachok; dan berbuka puasa serta menunaikan solat-solat Maghrib, Isyak dan Terawih di masjid Mukim Tepus, Bachok.
2. 6 Ramadhan 1431 bersamaan 16 Ogos 2010 (Isnin): Menunaikan solat-solat Isyak dan Terawih di masjid Mukim Tanjong Chat, Kota Bharu.
3. 7 Ramadhan 1431 bersamaan 17 Ogos 2010 (Selasa): Menyempurnakan majlis pengurniaan kepada rakyat, berbuka puasa serta menunaikan solat-solat Maghrib, Isyak dan Terawih di masjid Mukim Jeram, Pasir Puteh.
4. 8 Ramadhan 1431 bersamaan 18 Ogos 2010 (Rabu): Menyempurnakan majlis pengurniaan kepada rakyat, berbuka puasa serta menunaikan solat-solat Maghrib, Isyak dan Terawih di masjid Mukim Kok Keli, Tumpat.
5. 9 Ramadhan 1431 bersamaan 19 Ogos 2010 (Khamis): Menunaikan solat-solat Isyak dan Terawih di masjid Mukim Bunut Payong, Kota Bharu.
6. 10 Ramadhan 1431 bersamaan 20 Ogos 2010 (Jumaat): Berbuka puasa serta menunaikan solat-solat Maghrib, Isyak dan Terawih di Kem 8 Briged, Pengkalan Chepa.
7. 11 Ramadhan 1431 bersamaan 21 Ogos 2010 (Sabtu): Menunaikan solat-solat Isyak dan Terawih di masjid Mukim Kota, Kota Bharu.
8. 12 Ramadhan 1431 bersamaan 22 Ogos 2010 (Ahad): Menyempurnakan majlis pengurniaan kepada rakyat, berbuka puasa serta menunaikan solat-solat Maghrib, Isyak dan Terawih di masjid Mukim Paloh, Tanah Merah.
9. 13 Ramadhan 1431 bersamaan 23 Ogos 2010 (Isnin): Menyempurnakan majlis pengurniaan kepada rakyat, berbuka puasa serta menunaikan solat-solat Maghrib, Isyak dan Terawih di masjid Mukim Galang, Machang.
10. 14 Ramadhan 1431 bersamaan 24 Ogos 2010 (Selasa): Berbuka puasa serta menunaikan solat-solat Maghrib, Isyak dan Terawih di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kelantan, Kota Bharu.
11. 15 Ramadhan 1431 bersamaan 25 Ogos 2010 (Rabu): Menyempurnakan majlis pengurniaan kepada rakyat, berbuka puasa serta menunaikan solat-solat Maghrib, Isyak dan Terawih di masjid Mukim Batu Papan, Gua Musang.
Disertakan juga di sini lokasi-lokasi yang dijadual akan dikunjungi oleh Pemangku Raja Kelantan pada fasa kedua keberangkatan Baginda bersama rakyat pada bulan Ramadhan ini:
1. 20 Ramadhan 1431 bersamaan 30 Ogos 2010 (Isnin): Berbuka puasa serta menunaikan solat-solat Maghrib, Isyak dan Terawih di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.
2. 21 Ramadhan 1431 bersamaan 31 Ogos 2010 (Selasa): Menyempurnakan majlis pengurniaan kepada rakyat, berbuka puasa serta menunaikan solat-solat Maghrib, Isyak dan Terawih di masjid Mukim Rahmah, Kota Bharu.
3. 22 Ramadhan 1431 bersamaan 1 September 2010 (Rabu): Menyempurnakan majlis pengurniaan kepada rakyat, berbuka puasa serta menunaikan solat-solat Maghrib, Isyak dan Terawih di masjid Mukim Teliar, Pasir Mas.
4. 23 Ramadhan 1431 bersamaan 2 September 2010 (Khamis): Menunaikan solat-solat Isyak dan Terawih di masjid as-Salam, Kota Bharu.
5. 24 Ramadhan 1431 bersamaan 3 September 2010 (Jumaat): Menyempurnakan majlis pengurniaan kepada rakyat, berbuka puasa serta menunaikan solat-solat Maghrib, Isyak dan Terawih di masjid Mukim Kadok, Kota Bharu.
6. 25 Ramadhan 1431 bersamaan 4 September 2010 (Sabtu): Menyempurnakan majlis pengurniaan kepada rakyat, berbuka puasa serta menunaikan solat-solat Maghrib, Isyak dan Terawih di masjid Mukim Air Lanas, Jeli.
7. 26 Ramadhan 1431 bersamaan 5 September 2010 (Ahad): Berbuka puasa serta menunaikan solat-solat Maghrib, Isyak dan Terawih di Dewan Teratai, Kota Darul Naim, Kota Bharu.
8. 27 Ramadhan 1431 bersamaan 6 September 2010 (Isnin): Berbuka puasa serta menunaikan solat Maghrib di Istana Balai Besar, Kota Bharu.
9. 28 Ramadhan 1431 bersamaan 7 September 2010 (Selasa): Menyempurnakan majlis pengurniaan kepada rakyat, berbuka puasa serta menunaikan solat-solat Maghrib, Isyak dan Terawih di masjid an-Nur, Tumpat.
[Sumber]

No comments
Post a Comment