Rundingan Israel dan Palestin di Washington

WASHINGTON D.C: Rundingan Israel-Palestin akan berlangsung di Washington, kata Menteri Luar Negeri Amerika Syarikat Hillary Clinton.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas s etuju untuk perundingan langsung ini.

Perbezaan pendapat dalam masalah-masalah inti membuat para wartawan sangsi prospek kejayaan.

Masalah yang sensitif itu antara lain pembangunan perumahan Yahudi di wilayah pendudukan, status Jerusalem, perbatasan negara Palestin masa akan datang dan hak para pendatang untuk pulang.

"Perundingan ini harus berlangsung tanpa prasyarat dan dengan niat baik serta komitmen untuk mencapai kejayaan yang akan membawa masa depan lebih baik bagi rakyat di kawasan ini," kata Hillary Clinton.

AS juga mengundang pemimpin Mesir dan Jordan.

No comments

Powered by Blogger.