Sah, Dr Chan Akan Bertanding Pada Pilihan Raya Negeri Akan Datang
MIRI, 25 Sept (Bernama) -- Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan Hong Nam akan tetap mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau pada pilihan raya negeri akan datang.
Katanya parti itu mendapati beliau masih merupakan calon terbaik untuk bertanding mengekalkan kerusi tersebut iaitu salah satu daripada tiga kerusi DUN yang dikuasai oleh parti itu dalam kawasan bandaraya Miri.
"Saya sendiri tidak mahu bercakap mengenainya tetapi jelasnya ia mengenai parti. Saya masih perlu membawa parti untuk meraih kejayaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di ibu pejabat SUPP Miri di sini.
Dr Chan, 74, pernah menjadi Anggota Parlimen Lambir pada 1982 sebelum menjadi ADUN Miri bermula 1983 dan 1987, kemudian sebagai ADUN Piasau (sebelum itu dikenali DUN-Miri) pada 1991, 1996, 2001 dan 2006.
Mengenai cabaran sengit bagi SUPP pada pilihan raya negeri akan datang, Dr Chan, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, berkata mereka masih perlu berdepan dengan keadaan itu.
Pada pilihan raya negeri 2006, SUPP tewas lapan daripada 19 kerusi yang ditandinginya kepada calon-calon daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ditanya kemungkinan berdepan dengan beberapa calon pembangkang bagi kerusi beliau, katanya, sesiapa sahaja bebas untuk bertanding menentangnya.
"Saya masih ingat bertanding menentang empat hingga lima calon dalam pilihan raya," kata ahli politik veteran yang memegang kerusinya sejak 1991.
Selain beliau, katanya, penyandang bagi dua lagi kerusi DUN di bandaraya Miri -- Andy Chia Chu Fatt (Pujut) dan Datuk Lee Kim Shin (Senadin), kemungkinan akan dikekalkan untuk bertanding pada pilihan raya negeri kali ini.
Katanya parti itu sudah hampir memuktamadkan senarai calon parti bagi menghadapi pilihan raya negeri dan akan hanya mengumumkan barisan calon pada masa yang sesuai.

No comments
Post a Comment