Sebabnya orang Indonesia marahkan Malaysia

Perjanjian penubuhan Malaysia ditandatangani di London pada Julai 9, 1963 tetapi disiytihar secara rasmi pada September 16, 1963 oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman. Sabah dan Sarawak mencapai kemerdekaan, kemudian bersama Singapura bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia.

Penubuhan Malaysia menerima tentangan hebat daripada Indonesia di bawah Presiden Sukarno yang melancarkan konfrantasi dengan slogan 'Ganyang Malaysia'.

Pemimpin Indonesia itu melihat pembentukan persekutuan Malaysia sebagai satu perlanggaran perjanjian Manila Accord, dan sebagai bukti kolonialisme dan imperialisme Inggeris.

Bagi rakyat negara ini yang mengingati sejarah, pada Mei 28, 1966 di sebuah persidangan di Bangkok, kerajaan Malaysia dan pemerintah Indonesia telah mengumumkan bahawa konflik di antara kedua-dua pihak sudah selesai dan satu perjanjian perdamaian ditandatangani pada 11 Ogos.

Namun demikian, semangat Ganyang Malaysia masih hidup dan membara di kalangan rakyat Indonesia malah sampai ke hari ini. Adakah anda akan terkejut jika diberitahu bahawa halaman 'Ganyang Malaysia' mempunyai 12,852 peminat dalam laman sosial Facebook.

Semangat Ganyang Malaysia juga melahirkan satu lagi label baru untuk Malaysia, yang dikenali sebagai 'Malingsia'.

Ini berikutan dengan dakwaan yang Malaysia mencuri budaya Indonesia, dari wayng kulit hinggalah ke lagu Rasa Sayang. Selain daripada itu, kes Pulau Sipadan, Pulau Ligitan, Pulau Ambalat, kes keganasan PDRM terhadap juri karate Indonesia ketika kejohanan Karate Asia 2007, kes penderaan pembantu rumah Nirmala Bonat, kes keganasan rumah tangga Manohara Odelia Pinot, isu gaji minima pekerja Indonesia dan yang terbaru polis marin Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia telah menjadi subjek kemarahan warga Indonesia.

Orang Indonesia marah

Layanan majikan Malaysia terhadap pekerja asing khususnya dari Indonesia ini sering tidak mendapat toleransi daripada kaum keluarga yang berada di Indonesia.

Majikan yang tidak membayar gaji (seperti di dalam kes projek pembinaan Istana Negara), majikan mendera pekerjanya (kes Nirmala Bonat) dan pada April lalu berlaku pula kes tembakan polis yang mendakwa tiga pekerja asing Indonesia itu perompak, pembunuh dan penjenayah.

Pengarah eksekutif Migrant Care, sebuah badan pemantau pemasalahan pekerja asing, Anis Hidayah memberitahu orang ramai yang berhimpun di hadapan Pejabat Kedutaan Malaysia di Indonesia pada Mac 16 bahawa selepas 40 hari, tiada sebarang tindakan diambil terhadap kes tembakan tersebut.

Beliau telah menggesa badan hak asasi seperti Amnesty International dan Human Rights Watch untuk memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia.

Di dalam kes tersebut, tiga pekerja asing; Abdul Sanu, Musdi, dan Muchlis ditembak mati oleh pihak polis ketika berada di Danau Kota Putri, Kuala Selangor. Hasil bedah siasat mendapati ketiga-tiga mereka ditembak dari jarak dekat.

Di dalam kes Nirmala Bonat, perjalanan kes deraan pembantu rumah itu Nirmala Bonat (berumur 19 tahun semasa kes berlaku) berlangsung selama 110 hari melangkaui tempoh empat setengah tahun.

Sejak beliau membuat laporan polis, Nirmala ditempatkan di tempat perlindungan di Pejabat Kedutaan Besar Indonesia sehingga Januari 2008. Disebabkan proses perbicaraan yang memakan masa panjang, Nirmala telah memohon untuk pulang ke negaranya.

Majikan Nirmala, suri rumah Yim Pek Ha, pula memulakan keterangan dengan mengatakan keburukan serta kekurangan Nirmala dalam menjalankan tugasnya di rumah yang tidak sempurna. Tetapi pekerja-pekerja asing sering mengadu bahawa mereka tidak disediakan dengan tempat tinggal yang memadai.

Antara kes-kes yang pernah dilaporkan ialah mereka dipaksa untuk tinggal bersesak-sesakan di dalam sebuah bilik, dalam keadaan yang kotor. Keadaan sedemikian sering mengundang kepada penyakit berjangkit. Ada juga yang maut atas keadaan sedemikian.

Terdapat juga kes di mana kemalangan berlaku ke atas buruh-buruh asing ini atas persekitaran yang merbahaya. Mereka sepatutnya dibayar pampasan atas kemalangan sedemikian tetapi malangnya, berdasarkan kebanyakan kes, mereka dihantar pulang sahja ke negara masing-masing.

Pihak penguatkuasa pula sering menjalankan operasi penangkapan buruh-buruh asing. Tindakan sedemikian sering menggugat kehidupan mereka.

Orang Malaysia tidak bertanggungjwab

Menurut duta Indonesia di Malaysia, Rusdihardjo, dalam jangamasa empat tahun kebelakangan ini, pejabat beliau telah menerima sebanyak 26 kes (2008) penderaan terhadap pembantu rumah.

Majikan di Malaysia juga tidak dikehendaki untuk memenuhi piawai minimum kecuali perkara-perkara yang terkandung di dalam perjanjian bersama (MoU) di antara Malaysia-Indonesia. Justeru, ramai pekerja-pekerja domestik tidak diberikan cuti oleh majikan mereka.

Agen-agen juga sering lari dari tanggungjawab apabila pekerja-pekerja domestik ini diserahkan kepada majikan masing-masing.

Sehubungan dengan kes tersebut,pegawai-pegawai tinggi Indonesia dan kumpulan hak asasi manusia berterusan mendesak agar kerajaan Malaysia memperketatkan pekerja-pekerja asing yang seramai lebih kurang dua juta yang kini berada di Malaysia.

Setelah diteliti konvensyen antarabangsa, Malaysia tidak pun meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Hak Perlindungan Pekerja Asing dan Ahli Keluarga Mereka yang diwujudkan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 1990.

[Sumber]

1 comment

Unknown said...

wahai puak bendera dan mahasiswa indonesia..

kami rakyat malaysia sudah cukup bertoleransi dengan anda semua ..tetapi kalau anda tak memadang toleransi kami..sila panggil pulang semua rakyat indonesia yang kerja disini...menyemak jer kat sini

Powered by Blogger.