Sekali Lagi Awang Selamat Tembak Nazri Aziz
Lagi jawapan buat Nazri Aziz
Oleh: Awang Selamat
Mingguan Malaysia, 26 September 2010
Tulisan bertajuk Alahai Nazri... dalam ruangan ini minggu lalu, mencetuskan perhatian besar. Pada hari Ahad itu sahaja, Awang menerima ratusan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel menyatakan sokongan. Tetapi itu bukanlah tujuan sebenar Awang.
Sebagai pengamal media, Awang hanya ingin menyatakan kebenaran dengan menyanggah tuduhan liar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz terhadap Utusan. Antaranya beliau mendakwa Utusan mahu menjadikan Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri selain kononnya akhbar tersebut tidak menyokong Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak.
Seperti yang dijangka, Nazri mengeluarkan kenyataan balas menerusi portal pro pembangkang, The Malaysian Insider menghentam Utusan dan Awang Selamat. Ada hujah yang bernas dan ada yang tidak. Nazri menasihatkan Awang agar tidak mencampuri urusan politik negara. Ini kata beliau kerana Awang sifar pengalaman dan cetek pengetahuan berbanding beliau yang sudah empat kali menang bertanding pilihan raya umum.
Nazri juga tidak semena-mena tampil menyatakan bahawa beliau adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu, barulah orang Melayu. Apa lagi... para pemimpin Cina terutama Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng - dinasti DAP - memuji Nazri melambung-lambung. Mereka berdua berharap menteri Kabinet lain mencontohi Nazri. Akhbar-akhbar Cina berlumba-lumba melahirkan penghargaan kepada Nazri seolah-olah beliau super hero yang turun dari langit. Pada masa yang sama, akhbar Cina mengambil kesempatan membelasah Dr. Mahathir, Perkasa mahupun Utusan. Awang hanya geleng kepala tanpa sedikitpun teruja dengan kenyataan Nazri mahupun pujian ke atas beliau.
Kritikan
Dalam reaksinya, Nazri menyatakan Awang tidak faham mengapa beliau bersopan dengan pembangkang. Katanya, ia adalah tindakan tepat dalam amalan demokrasi kerana ahli Parlimen pembangkang juga dipilih oleh rakyat.
Maka Awang tertanya-tanya apa salahnya jika Utusan juga bersopan dengan negarawan seperti Dr. Mahathir dan berbaik-baik dengan NGO Melayu termasuk Perkasa yang membawa suara akar umbi Melayu.
Antara faktor ramai orang Melayu menghukum BN pada pilihan raya umum lalu adalah kerana merasakan kepentingan mereka tidak dibela sewajarnya. Ramai pemimpin bukan Melayu komponen BN turut menerima padah apabila Melayu tidak mengundi BN. Awang tidak mahu kesilapan berulang apabila kita mengabaikan suara hati orang Melayu. Walaupun bukan sebagai wakil rakyat seperti Nazri, Awang juga mahu BN dan UMNO menang tetapi tanpa mengguris hati orang Melayu.
Awang sebenarnya tidak mahu perdebatan dengan Nazri berlarutan. Ia tidak akan menguntungkan sesiapa kecuali pihak yang mahu menangguk di air keruh.
Cuma Awang lebih terpanggil menjawab sinikal Nazri berkaitan kemerosotan edaran akhbar Utusan. ‘‘Kedudukan itu dengan sendiri menunjukkan prestasi dan standardnya yang rendah di mana Utusan terpaksa merujuk kepada laporan media alternatif elektronik baru,’’ katanya.
Awang hairan mengapa soal itu timbul. Apakah hanya disebabkan ada kritikan daripada media maka Nazri berusaha memperlekehkan media berkenaan. Apakah wajar menteri pada era alaf baru bersikap seperti itu. Awang tidak mahu mempersoalkan standard Nazri yang sememangnya tinggi. Namun jika Nazri menjadi menteri di Indonesia, Thailand dan Filipina dan banyak negara lagi, beliau akan dihentam habis-habisan oleh media sekiranya itulah cara beliau menangani kritikan.
Kritis adalah hal biasa apatah lagi dalam dunia media. Menegur bukan bererti tidak menyukai menteri atau pihak yang ditegur. Nazri sepatutnya lebih faham kerana beliau selalu menggambarkan dirinya sebagai seorang yang berfikiran moden, liberal dan terbuka. Bagaimana akhbar arus perdana Melayu mahu berkembang jika ada menteri yang tidak boleh sedikitpun dikritik.
Kemerosotan
Dalam soal penurunan edaran akhbar, trend itu berlaku di seluruh dunia sejak sedekad yang lalu. Di Amerika Syarikat, akhbar berpengaruh seperti The Washington Post, New York Times, Chicago Tribune dan LA Times menyaksikan penurunan edaran yang terburuk dalam tempoh 40 tahun. Begitu juga dengan akhbar-akhbar berpengaruh di Eropah terutama di United Kingdom, dengan purata penurunan 10 peratus.
Akhbar Daily Mirror misalnya yang mempunyai sejarah kecemerlangan dan pengaruh yang hebat, tidak terkecuali menerima tempias fenomena global yang melanda industri persuratkhabaran. Daily Mirror pada tahun 2000 mencatatkan pengedaran 2.3 juta naskhah tetapi pada 2009 hanya mencatatkan 1.4 juta naskhah.
(Bayangkanlah akhbar di Barat yang kebanyakannya bukan di bawah pemilikan parti, menikmati kebebasan meluas, ekonomi lebih baik dan minat membaca yang tinggi di kalangan rakyatnya, ketara merosot. Inikan pula akhbar seperti Utusan, yang turut berdepan dengan tindakan boikot oleh pembangkang atas percaturan politik dan agenda kaum).
The Malaysian Insider
Kepesatan teknologi maklumat terutama menerusi Internet ternyata memberi kesan kepada industri persuratkhabaran konvensional.
Pertumbuhan luar biasa laman-laman sesawang apatah lagi laman sosial seperti facebook dan tweeter, ‘memburukkan’ lagi keadaan. Itu belum mengambil kira radio, televisyen dan penggunaan telefon bimbit dalam menyalurkan berita terkini menjadikan pengguna mempunyai banyak pilihan, tidak semestinya akhbar sebagaimana dahulu.
Di Asia, banyak akhbar kategori serius seperti Utusan jatuh kecuali yang berkonsep populis, sensasi dan bacaan ringan. Di Malaysia, banyak akhbar termasuk Utusan turut sama mengalami penurunan edaran. Tidak perlu Awang senaraikan nama akhbar, sesiapa pun boleh membuat kajian.
Mengulas tanggapan beliau bahawa Utusan selalu merujuk kepada media alternatif, Awang percaya beliau maksudkan adalah The Malaysian Insider, yang menjadi kesayangannya.
Untuk pengetahuan Nazri, sebelum pun tercetus isu beliau menghentam Utusan, The Malaysian Insider kerap menyajikan dan menceduk laporan Utusan biarpun tanpa kebenaran. Laporan Utusan asyik dijadikan perdebatan dalam portal itu, yang turut menyumbang kepada popularitinya. Jadi siapa yang banyak merujuk kepada siapa? Mungkin tanpa isu-isu yang dirintis oleh Utusan, portal berkenaan akan merudum sambutannya.
Dalam pada itu, Nazri tidak tahu walaupun edaran akhbar Utusan mengalami kemerosotan, ia harus mengambil kira jumlah pembaca menerusi versi Utusan Online. Jika digabungkan antara edisi online dan cetak, jumlah pembaca Utusan adalah jauh lebih besar berbanding sedekad yang lalu.
Apa yang Awang ingin sampaikan, era menteri semestinya betul dan menganggap dirinya tahu dalam serba serbi, sudah berlalu.
Institusi Melayu
Awang tidak berhajat untuk berdebat tentang Nazri selepas ini. Cukuplah. Jika ada lagi reaksi beliau selepas ini, Awang akan berdiam. Ini bukan soal mencari kemenangan. Dapat menyampaikan mesej, sudah memadai. Awang tetap menghormati Nazri sebagai seorang menteri.
Sekiranya beliau tidak pro-Utusan, yang telah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan tanah air, itu tidak mengapa. Tetapi sebagai menteri UMNO, beliau sepatutnya tahu betapa Utusan berdepan dengan banyak kekangan dan cabaran tersendiri. Pun begitu, Utusan tidak pernah berganjak sejak dahulu lagi dalam mempertahankan Perlembagaan, menolak ekstremisme dan mendokong keharmonian.
Adalah dangkal bagi sesiapa menuduh Utusan rasis sedangkan akhbar ini membawa suara hati orang Melayu, yang selama ini sudah banyak berkorban dan bertolak ansur. Ada media yang sebenarnya rasis terutama media Cina dan portal berita, tidak pula diganyang. Apakah perlu ada kayu ukur berbeza antara media arus perdana Melayu dan Cina?
Dalam apa keadaan dan tafsiran - ketika lemah, buruk, sakit dan meratap sendirian - Utusan sentiasa ke hadapan berjuang untuk UMNO dan orang Melayu. Maka janganlah perlekehkan Utusan sebagaimana yang dilakukan secara tersusun oleh banyak pihak bukan Melayu. Utusan bukan sekadar akhbar, Utusan adalah institusi Melayu.
Awang hanya pertahankan Utusan, tidak lebih daripada itu. KPI Awang dan rakan-rakan di Utusan bukan soal jumlah edaran akhbar semata-mata. Sejak sebelum merdeka lagi, akhbar ini tidak pernah lari daripada tugas menjaga kepentingan agama, bangsa dan tanah air. Apakah itu menjadi masalah kepada Nazri dan sesiapa jua?

No comments
Post a Comment