Selesai segera masalah batasan miritim – Bambang
JAKARTA: Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mahu masalah sempadan darat dan laut antara Indonesia dan Malaysia diselesaikan segera dalam usaha memelihara hubungan dua hala yang baik antara Kuala Lumpur dan Jakarta.
Katanya, Indonesia akan terus menggesa Malaysia menyelesaikan perundingan mengenai masalah sempadan yang sering mencetuskan konflik dan ketegangan.
"Oleh itu, ketegangan yang tidak perlu dapat dicegah dan yakin hubungan dan kerjasama dua hala yang baik dapat dikekalkan," katanya dalam perutusan kepada rakyat Indonesia menerusi siaran langsung televisyen malam tadi.
Perutusan ucapan presiden itu adalah sebagai penjelasan kepada rakyat Indonesia berhubung insiden 13 Ogos lalu yang menimbulkan kemarahan rakyatnya terhadap Malaysia yang didakwa merendahkan martabat dan kedaulatan negara itu.
Pada insiden itu, bahagian penguatkuasaan Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia menahan tujuh nelayan Malaysia di perairan Malaysia-Indonesia berhampiran Bintan, Kepulauan Riau, manakala Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai penguat kuasa kementerian Indonesia itu.
Ekoran kejadian itu, 37 rakyat Indonesia dari satu kumpulan dikenali Bendera berdemonstrasi di hadapan bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dengan melontar najis manusia ke dalam kawasan kedutaan.
Dalam perutusan selama 18 minit itu, Susilo telah memberi pernyataan tegas tentang signifikan hubungan Indonesia dan Malaysia dan menggariskan lima alasan mengapa hubungan itu harus terus dijaga dan dipelihara dengan baik.
Pertama, kedua-dua negara itu mempunyai hubungan bilateral yang terpenting kerana mereka memiliki hubungan sejarah budaya dan kekerabatan yang sangat erat, mungkin yang paling erat berbanding negara lain sejak sekian lama.
Tonggak penting
"Hubungan Indonesia dan Malaysia adalah tonggak penting dalam keluarga besar ASEAN. ASEAN boleh tumbuh pesat antara lainnya kerana asas yang kukuh dalam hubungan Indonesia dan Malaysia ," katanya menghuraikan alasan kedua.
Yang ketiganya, ada dua juta tenaga kerja Indonesia di Malaysia dalam pelbagai bidang dan mereka telah banyak memberi keuntungan kepada kedua-dua negara.
Keempat ialah pelancong Malaysia merupakan yang ketiga terbesar di Indonesia dengan jumlah sekitar 1.18 juta orang dari 6.3 juta pelancong asing.
Yang terakhir kedua-dua negara juga mempunyai hubungan perdagangan dan pelaburan yang penting.
Indeks tahun 2005-2009 menunjukkan bahawa Malaysia telah melaksanakan 285 projek pelaburan berjumlah US$1.2 bilion (RM3.75 bilion) manakala pelaburan Indonesia di Malaysia berjumlah US$534 juta (RM1.67 bilion).
"Hal ini menunjukkan hubungan ekonomi sungguh kuat namun hubungan yang khusus ini juga sangat kompleks, tidak bebas dari cabaran," katanya.
Dalam menangani insiden 13 Ogos itu, Susilo berkata beliau menghantar surat pada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak yang intisarinya menyatakan keprihatinan mendalam Indonesia berhubung insiden itu serta menggesa Malaysia mempercepatkan proses penyelesaian masalah batasan maritim.
Beliau turut meminta rakyatnya supaya mengelak daripada melakukan tindakan kekerasan kerana ia akan menambah lagi masalah yang sedia ada.
Susilo berkata cara Indonesia menangani hubungannya dengan Malaysia akan diperhatikan oleh masyarakat antarabangsa dan sebagai negara pengasas ASEAN, tindakan kedua-dua negara itu sering menjadi teladan dalam menyelesaikan pelbagai konflik.
"Oleh itu, marilah kita tetap memperjuangkan kepentingan nasional kita, karakter dan peranan internasional Indonesia yang konstruktif dan semangat untuk memelihara perdamaian, terus kita jaga," katanya.
- Bernama

No comments
Post a Comment