Sultan Baru Untuk Kelantan

YTM Tengku Muhammad Faris Petra hari ini di Mahsyurkan sebagai Al Sultan Kelantan yang baru.

Pemahsyuran di umumkan oleh Menteri Besar Kelantan.

Ia di lakukan berdasarkan peruntukan 23A di dalam Undang-Undang Perlembagaan Tuboh Negeri Kelantan yang dikatakan telah diwartakan pada 22 Julai 2010.

Ini merupakan peruntukan baru dalam Perlembagaan Tuboh Negeri.

Sebelum ini tiada peruntukan di dalam Undang-Undang Tuboh Negeri membenarkan seorang Sultan diturunkan dari tahta melainkan dengan kerelaan atau setelah baginda mangkat.

Sebelum ini ura-ura untuk meminda Perlembagaan Tuboh Negeri telah kencang bertiup semenjak awal 2010 lagi. Bagaimanapun adalah disangkakan bahawa sebarang usaha meminda Undang-Undang Perlembagaan Tuboh Negeri hendaklah dilakukan di Dewan Undangan Negeri Kelantan dan dengan mendapat persetujuan tidak kurang daripada 2/3 ahli Dewan.

Bagaimanapun, sumber blog ini yang berada di Majlis Permahsyuran tersebut memberitahu bahawa, di luar pengetahuan banyak pihak, sebarang bentuk pindaan Undang-Undang Perlembagaan Tuboh Negeri yang melibatkan tahta boleh dipinda menerusi Majlis Penasihat Sultan. Adalah difahamkan badan tersebut telah melakukan pindaan ini.

Menurut The Malaysian Insider pula, pindaan tersebut telah diwartakan pada 22 Julai 2010.

Menurut sumber dalam Kerajaan Negeri Kelantan, pindaan ini dibuat bersesuaian dengan Peruntukan III (2) Bahagian Ke Dua Undang-Undang Perlembagaan Tuboh Negeri Kelantan seperti di bawah,

III. (1) The following provisions of this article shall have effect with respect to the amendment of this Part of the Constitution of the State.

III. (2) The provisions affecting -

(a) the succession to the throne and Malays customary dignitaries,

(b) the appointment and attributes of an heir or heirs to the throne, of the Ruler’s Consort or of the Regent or Members of the Council of Regency of the State,

(c) the removal, withdrawal or abdication of the Sovereign or His heir or heirs,

(d) the appointment and attributes of the Ruling Chiefs or similar Malays customary dignitaries and of members of the Council of Religion and Malay Custom, Council of Succession, Council of Advisers or similar bodies, and

(e) the establishment, regulation, confirmation and deprivation of Malay customary ranks, titles, honours, dignitaries and awards ant the attributes of the holders thereof and the regulation of the royal courts and palaces,

may be amended by His Highness by Proclamation issued with the consent and concurrence of the Council of Advisers but may not be amended by any other means.

Daulat Tuanku!

http://kickdefella.wordpress.com/

No comments

Powered by Blogger.