Sultan Johor kunjungi Sultan Kelantan

KOTA BHARU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berangkat mengunjungi Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra yang dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada 13 September lalu.

Baginda yang diiringi lapan pemimpin kerajaan Johor tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini dengan pesawat peribadi dari Bangkok, Thailand pada 1.10 tengah hari.

Ketibaan rombongan Diraja itu disambut oleh Tuanku Muhammad Faris Petra, Tengku Bendahara, Tengku Muhammad Faiz Petra, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob serta beberapa barisan pemimpin kerajaan negeri. Sejurus berangkat tiba, Sultan Ibrahim dan Tuanku Muhammad Faris Petra bersama-sama dengan pemimpin yang lain, berdoa sebelum berangkat ke Istana Kota Lama di sini untuk majlis santapan tengah hari.

Tuanku Muhammmad Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada Isnin lepas bagi menggantikan ayahanda baginda ,Tuanku Ismail Petra ibni Almaryum Sultan Yahya Petra.

No comments

Powered by Blogger.