Susilo beri penjelasan insiden di perairan Malaysia-Indonesia esok
JAKARTA, 31 Ogos — Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berkata beliau akan memberi penjelasan esok malam tentang insiden di sempadan perairan Malaysia-Indonesia berhampiran Tanjung Berakit, Bintan, Kepulauan Riau.
Beliau menyatakan hal itu di hadapan barisan Menteri Kabinet, pegawai kanan kerajaan dan wartawan, selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Istana Negara, Jakarta Selasa.
“Melalui penjelasan itu saya sungguh ingin mendudukkan masalah ini pada tempatnya. Saya mengajak masyarakat untuk berfikir rasional dan tidak terlalu emosional,” katanya.
Namun beliau akan memberi ketegasan sikap Indonesia yang tidak akan berkompromi dalam menjaga kedaulatan dan keutuhan wilayah negara.
“Saya juga ingin mendorong agar Malaysia lebih sungguh-sungguh untuk menyelesaikan perundingan batas wilayah maritim dengan negeri kita seraya tetap menjaga hubungan baik, yang nyata-nyata bermanfaat untuk Malaysia dan Indoneisa,” katanya.
Susilo (gambar) berkata lokasi insiden pada 13 Ogos itu berada di wilayah laut yang menjadi pertikaian Indonesia dan Malaysia.
Kerajaan sudahpun mengambil beberapa tindakan melalui Kementerian Luar Negeri dan telah juga berulang kali Menteri Luar Negeri Dr Marty Natalegawa serta Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Djoko Suyanto memberi penjelasan namun ia masih menjadi wacana politik dalam negeri, tambahnya.
Dalam insiden pada 13 Ogos itu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia telah menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai penguatkuasa kementerian dari Indonesia itu, setiap pihak mendakwa kerana kesalahan menceroboh wilayah perairan masing-masing.
Kesemua tahanan itu telah dibebaskan oleh pihak berkuasa kedua-dua negara pada 17 Ogos lalu. — Bernama

No comments
Post a Comment