Terkini: Polis sahkan Sosilawati serta tiga lagi mati dibunuh dan dibakar

BANTING, 12 Sept — Polis mengesahkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik untuk mengesahkan sepenuhnya perkara tersebut.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini hari ini.

Tiga lagi orang ialah pemandu Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah. — Bernama

kami di meja team kerabu bersuara mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga yang terlibat. semoga Allah tempatkan mereka di tempat orang-orang soleh. semoga ahli keluarga banyak bersabar dan kita sama-sama ambil pengajaran.

No comments

Powered by Blogger.