Cabaran Yang Berbeza Bila Memandu Di Waktu Malam
Oleh Zulkiple Ibrahim
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Istilah 'balik kampung' sudah begitu sinonim bagi mereka yang tinggal di hutan konkrit di negara ini yang akan mengambil kesempatan pada setiap musim perayaan seperti Aidilfitri dan Tahun Baru Cina, untuk pulang bercuti ke kampung halaman masing-masing.
Ketika inilah jalan raya yang menghala keluar dari kota dan bandar-bandar utama padat dengan kenderaan dan terjadinya kesesakan di lebuh raya.
Ramai juga yang mahu mengelak berebut pulang dengan memilih memandu ke kampung pada waktu malam. Selain mendapat pelepasan bayaran tol (diberi syarikat konsesi lebuh raya pada hari-hari tertentu di musim perayaan), pemandu-pemandu ini memberikan beberapa sebab mengapa mereka lebih suka memandu jarak jauh pada waktu malam.
DINGIN, SELESA
"Lebih dingin dan selesa jika dibandingkan dengan memandu di waktu siang yang panas. Apatah lagi negara kita punya iklim panas lembab," kata Che Amin Ismail, kontraktor perumahan yang tinggal di Rawang, Selangor.
Setiap tahun, bila tiba sahaja Hari Raya Aidilfitri, Che Amin akan memandu pulang membawa anak dan isteri ke kampung halamannya di Bunut Susu, Pasir Mas di Kelantan.
Perjalanan beliau agak jauh. Dari Rawang beliau akan menuju ke Gua Musang sebelum bergerak ke destinasinya, Pasir Mas. Satu jarak yang melebihi 500km.
"Kenderaan di jalan raya pada waktu itu kurang dari siang hari. Jika dibandingkan dengan waktu malam perjalanan lebih sesak pada siang hari," kata Rashyeed Nor seorang lagi pemandu yang lebih gemar memandu pulang ke kampung pada waktu malam.
Rasyeed, yang merupakan seorang pendidik di sebuah sekolah di Selayang, berasal dari Merbok, Kedah.
CABARAN BERBEZA
Bagi aktivis sosial Gurmukh Singh, jika ada yang berhasrat memandu pada waktu malam untuk pergi ke destinasi yang jauh, mereka perlu mengambil kira beberapa faktor yang berbeza berbanding memandu di waktu siang.
"Cabaran memandu di waktu malam adalah berbeza. Risiko kemalangan jalan raya juga lebih tinggi di waktu selepas matahari terbenam," kata Gurmukh Singh.
Ini kerana, katanya, penglihatan di waktu malam lebih terhad.
"Bila memandu di waktu malam, pemandu akan punya kurang persepsi terhadap jarak antara kenderaan selain daripada warna dan perbandingan cahaya. Beliau juga akan mengalami pengurangan dari segi persepsi serta penglihatan dari sisi," kata Gurmukh Singh.
JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA
Antara garis panduan yang dikeluarkan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), jika memandu di waktu malam, ialah pemandu dinasihatkan supaya mengelak menggunakan lampu tinggi jika ada kenderaan datang dari arah bertentangan kerana ini akan menyilaukan mata pemandu kereta itu.
Bila keadaan berkabus, pemandu dinasihatkan menggunakan lampu rendah dan jika kenderaan dilengkapi lampu 'fog', gunakanlah hanya ketika ada kabus atau cuaca buruk.
Antara aspek yang ditekankan oleh JKRJ ialah: "Biar pemandu lain senang nampak anda dan kereta anda. Kalau kereta rosak, cuba ketepikan kenderaan itu ke bahu jalan dan nyalakan lampu kecemasan".
Pemandu juga dinasihatkan jangan memandu terlampau laju kerana dengan kelajuan sebegini mereka tidak punya banyak masa untuk mengelak apa-apa bahaya yang menunggu di hadapan mereka.
Sementara itu Gurmukh Singh juga menasihatkan pemandu memastikan cermin pandang belakang serta juga pandang sisi mereka bersih. Begitu juga lampu kereta dan cermin hadang angin.
"Lampu kereta serta penghadang angin yang kotor akan mengurangkan efisiensi penglihatan sehingga 90 peratus. Pastikan permukaan lampu kereta serta tingkap kereta anda bersih," kata beliau.
JARAK MEMANDU
Gurmukh Singh menyarankan pemandu agar menjarakkan kereta mereka dari mengikuti kereta hadapan kepada empat atau lima saat.
"Anda berpeluang nampak masalah atau bahaya di depan jika menjarakkan dari kenderaan di hadapan. Ini memberi peluang anda bertindak jika kereta di hadapan anda mengalami masalah," katanya.
Gurmukh Singh juga menasihati memandu mengindari diri daripada keletihan ketika memandu waktu malam.
"Memandu di waktu malam boleh meletihkan. Pemandu juga akan rasa mengantuk. Pemandu mestilah punya rehat dan tidur yang cukup dan dalam keadaan segar sebelum mereka mula memandu pada waktu malam.
"Jadi pastikan kereta anda punya pengudaraan yang cukup serta berhentilah beberapa kali untuk merehatkan badan dan menyegarkan diri anda. Ini akan membantu anda lebih waspada bila di jalanan".
"Jangan lupa periksa mata anda. Pastikan penglihatan anda sesuai untuk memandu di waktu malam," kata beliau.
Beliau juga menggesa pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta polis trafik mengambil tindakan keras terhadap tuan punya kenderaan yang menggunakan lampu Xenon.
"Lampu Xenon mengeluarkan cahaya putih dan memberi silau kepada pemandu kenderaan dari arah bertentangan. Ia juga berbahaya ketika hujan lebat kerana lampu Xenon akan memberi cahaya yang 'pecah' dibandingkan dengan lampu kereta yang konvensional," tambah beliau.

No comments
Post a Comment