Hukuman ISA Ke Atas Tujuh Pegawai Imigresen Berdasarkan Peruntukkan Undang-undang
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Hukuman tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas tujuh kakitangan Jabatan Imigresen yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan manusia tidak harus dilihat sebagai hukuman berat, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman.
Beliau berkata sebaliknya hukuman itu dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada berdasarkan bukti kukuh yang dikumpul polis.
"Tindakan ISA itu satu keputusan yang telah pun difikirkan oleh kerajaan.
"Biasalah pada kita yang tak tahu (hasil siasatan) ni, mesti kita kata keraslah, kejamlah dan sebagainya," katanya selepas merasmikan Hari Bersama Pelanggan Wilayah Tengah Construction Labour Exchange Centre Berhad (CLAB) 2010 di sini Khamis.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mendedahkan sembilan individu terdiri tujuh kakitangan Jabatan Imigresen dan dua warga asing, ditahan di bawah ISA kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan manusia.
Abdul Rahman yang ditukarkan sebagai Setiausaha Bahagian Imigresen di Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkuatkuasa Jumaat ini, berkata hukuman itu setimpal kerana kesalahan mereka telah menggugat keselamatan negara selain menjejaskan imej negara di peringkat antarabangsa.
"Ini wajar menjadi peringatan kepada anggota lain supaya tidak mengamalkan salah laku kerana mereka perlu bertanggungjawab," katanya.
Beliau berkata bagi memperkukuhkan kawalan keselamatan di semua pintu sempadan negara, tindakan segera telah dilaksanakan khususnya bagi mengelakkan kegiatan sindiket penyeludupan warga asing.
Menurutnya selain itu pegawai penyelia juga ditugaskan untuk mengawasi anggota bawahannya khususnya jika mereka hidup melampaui kemampuan kewangan masing-masing.

No comments
Post a Comment