Lima cabang PKR Selangor serah memo bantah pemilihan semula
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
KUALA LUMPUR, 13 Okt – Kemelut pemilihan PKR dilihat berterusan apabila lima cabang parti itu hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengurusan parti.
Lima cabang tersebut adalah Hulu Selangor, Kota Raja, Kuala Langat, Pandan dan Kelana Jaya.
PKR selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan cabang dan pemilihan cabang 3 Oktober lalu tetapi sembilan cabangnya bermasalah.
Di bawah sistem pemilihan langsung sekitar 400,000 ahlinya akan mengambil bahagian dalam proses pemilihan mulai 29 Oktober ini selama tiga minggu atau sembilan hari secara berperingkat-peringkat.
Menurut Ketua Cabang Hulu Selangor Nazar Yakin, tindakan pengurusan parti yang mahu supaya mesyuarat agung tahunan cabang dan pemilihan cabang itu diadakan semula adalah tidak wajar.
“Hari ini kita hantar memorandum bantahan kepada parti mengenai pemilhan parti peringkat cabang yang tidak adil dan telus.
“Saya bercakap bagi pihak cabang Hulu Selangor, undian telah dibuat dan keputusan sudah ada tetapi tiba-tiba dimaklumkan bahawa keputusan yang dibuat dibatalkan.
“Malah kita diarahkan untuk mengadakan semula mesyuarat agung tahunan dan pemilihan parti peringkat cabang. Saya ini telah dipilih sebagai ketua cabang pada pemilihan baru-baru ini tetapi seolah-olah dinafikan memegang jawatan itu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Memorandum bantahan itu diserahkan kepada pentadbir pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin.
“Jadi memorandum yang kita serahkan hari ini adalah membantah diadakan semula pemilihan parti, buat apa perlu buat pemilihan yang baru sedangkan keputusan sudah ada.
“Kalau ada kesilapan di peringkat pengurusan parti, ia bukan masalah ahli yang telah mengundi.
“Kenapa perlu susahkan ahli dan menjadi mereka sebagai korban dek kerana kesilapan pihak pengurusan parti,” kata Nazar yang telah menyerahkan memorandum bantahan itu kira-kira pukul 2 petang tadi.
Difahamkan seramai 40 orang ahli dari Hulu Selangor, Kota Raja, Kuala Langat, Pandan dan Kelana Jaya hadir menyerahkan memorandum bantahan tersebut di ibu pejabat PKR.
Menurut Nazar, parti sepatutnya mempunyai alternatif lain untuk menyelesaikan perkara itu dan bukan dengan mengadakan semula pemilihan tersebut.
“Bukankah ada cara lain untuk menyelesaikan masalah ini daripada mengadakan pemilihan semula yang dilihat agak berat untuk dilaksanakan sekali lagi.
“Banyak lagi alternatif lain yang boleh dilakukan, kenapa nak buat pemilihan semula,” katanya.
Sebahagian cabang bermasalah akan mengadakan pemilihan sebelum kongres hujung bulan depan manakala yang lain akan berbuat selepas kongres.

No comments
Post a Comment