Sukan Komanwel: Juara Bertahan Siti Gagal Menangi Pingat Acara Boling Padang

Oleh P. Vijian

NEW DELHI, 13 Okt (Bernama) -- Pemenang dua pingat emas Sukan Komanwel (CWG) Siti Zalina Ahmad tersingkir daripada pertandingan boling padang perseorangan wanita hari ini, sekaligus meranapkan harapan Malaysia untuk memenangi sekurang-kurangnya satu pingat dalam acara itu.

Siti menaruh harapan untuk mencipta hatrik di Delhi namun tersingkir pada peringkat separuh akhir, tewas kepada pemain England, Natalie Melmore 6-5, 2-9, 1-2, di Kompleks Sukan Jawaharlal Nehru Sports Complex.

Beliau kemudiannya turut gagal mememangi pingat gangsa selepas tewas kepada Kelsey Cottrell dari Australia 5-12, 10-6, 1-2.

"Keadaan padang agak mencabar, saya tidak mampu melakukan lemparan seperti saya harapkan. Lawan saya bermain secara konsisten, dia memang layak menang<' katanya Siti selepas pertandingan itu.

Dengan kekalahan Siti yang tidak diduga itu, pasukan boling pandang negara yang mensasarkan empat pingat emas di temasya ini kini terpaksa pulang dengan tangan kosong.

England memenangi pingat emas manakala pingat perak menjadi milik New Zealand.

No comments

Powered by Blogger.