Polis Bebas Tiga Individu Disiasat Kes Sosilawati
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Polis membebaskan seorang wanita dan dua lelaki yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.
Menurut laman web Polis Diraja Malaysia dalam Facebook, pembebasan wanita itu dibuat dengan bon mahkamah manakala dua lelaki berkenaan dengan jaminan polis selepas empat suspek kes itu didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting di Selangor pada Rabu.
Peguam N. Patmanabhan, 41, bersama-sama pekerja ladang T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai CIMB Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Sosilawati dan tiga yang lain dibunuh di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang Tanjung Sepat, Banting, Selangor antara 8.30 malam hingga pukul 9.45 malam pada 30 Ogos lalu.
Difahamkan wanita itu, Jesyntha Clarene Isreal, 27, dan adik lelaki Patmanabhan serta seorang lagi lelaki, dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur tengah hari tadi.
Dua suspek lain masih ditahan reman sehingga Jumaat ini.

No comments
Post a Comment