Pemimpin cabang dakwa konspirasi halang Nurul tanding timbalan presiden
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
KUALA LUMPUR, 13 Okt – Pemimpin-pemimpin cabang PKR mempertikaikan kewujudan notis pencalonan dengan mendakwa seolah-olah ada usaha menghalang Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bertanding jawatan timbalan presiden parti itu.
Berdasarkan maklumat semalam, Nurul Izzah dilaporkan tidak layak bertanding jawatan timbalan presiden sebab hanya memperoleh satu pencalonan sedangkan seseorang yang hendak bertanding memerlukan minimum dua yang disyaratkan.
Mereka mendakwa tidak tahu-menahu keperluan semua pencalonan akhir perlu dikemukakan sebelum 10 Oktober lalu.
Dalam kenyataan berasingan dikeluarkan hari ini, Ketua Selangau Steven Epay Ganing dan rakan sejawatannya dari Semporna Lokma Uri berkata, tindakan pihak pengurusan parti tidak memaklumkan perkara itu adalah tidak wajar dan tidak adil.
“Tarikh akhir penyerahan nama calon pada 10 Oktober 2010 tidak pernah diberitahu kepada kami sama sekali dan kami merasakan bahawa tindakan yang diambil sama ada oleh Setiausaha Agung atau Jawatankuasa Pemilihan Pusat (DPP) adalah tidak wajar dan kami kecewa.
“Sebarang maklumat mengenai tarikh akhir penyerahan seharusnya diuar-uarkan bagi membolehkan setiap cabang bertindak sewajarnya,” kata Steven Epay dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.
Beliau berkata, tindakan merahsiakan tarikh akhir penyerahan nama calon itu seolah-olah mahu menyekat pemimpin yang berkelayakan bertanding di peringkat pusat.
Kami melihat ini sebagai satu kepincangan pihak pengurusan kerana gagal mengkoordinasi pilihan raya dalaman parti dan kami juga berharap bahawa ini bukan satu tindakan untuk menyekat Nurul Izzah daripada bertanding.
“Kami hanya mahu parti untuk menerima pencalonan yang telah diberikan oleh cabang kerana percaya setiap nama yang dicalonkan adalah individu yang mampu membawa perubahan pada parti,” katanya.
Lokman pula berkata tindakan tersebut seolah-olah satu konspirasi untuk menghalang Nurul Izzah daripada bertanding bagi jawatan timbalan presiden.
“Pandangan umum rata-rata melihat PKR tidak mampu menguruskan pemilihan dalaman parti dan tindakan menolak pencalonan yang dibuat oleh cabang dilihat memburukkan lagi keadaan.
“Kami tidak pernah dimaklumkan mengenai tarikh akhir penyerahan nama-nama calon adalah pada 10 Oktober 2010 dan adalah tidak adil untuk menidakkan kelayakkan Nurul Izzah untuk bertanding sebagai timbalan presiden.
“Adakah ini satu konspirasi untuk menghalang Nurul Izzah daripada bertanding?” soalnya.
Justeru, Lokman berharap agar pihak pengurusan parti dapat menerima pencalonan yang telah dibuat di peringkat cabang.
“Ia bukan sahaja bagi memastikan ketelusan pemilihan dalaman parti, tetapi juga membuktikan bahawa parti ini benar-benar memilih untuk melaksanakan demokrasi dan bukan hanya bergerak sebagai batu loncatan bagi individu-individu tertentu melaksanakan agenda peribadi,” katanya.
Kesemua 208 cabang PKR dikehendaki mengemukakan laporan senarai pencalonan kepada ibu pejabat pada 10 Oktober lalu.
Sementara itu Ahli Majlis Pimpinan Pusat S. Manikavasagam mencadangkan JPP agar melanjutkan tarikh akhir sehingga 16 Oktober ini bagi membolehkan Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan presiden.
“Pemilihan PKR adalah kemekaran demokrasi di Malaysia yang harus dicontohi di setiap peringkat. Bagaimanapun saya merasai bahang politik mengaburi sesetengan pihak dalam percubaan menegakkan demokrasi dalam pemilihan kali ini.
“Penetapan tarikh akhir cabang untuk menghantar keputusan pencalonan secara rasmi pada 10 Oktober lalu kini menjadi spekulasi di peringkat akar umbi.
“Justeru demi menegakkan demokrasi sejati saya mencadangkan agar JPP melanjutkan tarikh tersebut sehingga 16 Oktober ini. Dengan ini, ia akan memberi peluang kepada cabang untuk memperbaiki masalah dan salah faham yang mungkin terjadi sebelum ini,” kata Manikavasagam dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Kapar ini berkata dengan melanjutkan tarikh penyerah tersebut ia akan memberi peluang kepada pemimpin parti lain untuk bertanding bagi jawatan tertinggi.
“Selain itu, cadangan akar umbi seperti pencalonan Nurul Izzah Anwar untuk jawatan timbalan presiden parti dan pemimpin lain akan mendapat pertimbangan saksama,” katanya.
Nurul Izzah dilihat hanya boleh bertanding jawatan naib presiden sebab beliau tidak melepasi kelayakan minimum dua pencalonan yang disyaratkan untuk bersaing kerusi nombor dua parti.
Di bawah sistem pemilihan langsung sekitar 400,000 ahlinya akan mengambil bahagian dalam proses pemilihan mulai 29 Oktober ini selama tiga minggu atau sembilan hari secara berperingkat-peringkat.
Dalam pada itu, calon jawatan naib presiden Jonson Chong juga melahirkan pandangan yang mirip dengan berkata, perkembangan terbaru berkaitan dengan pemilihan khususnya ekoran penafian hak bagi Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan presiden menimbulkan persoalan penting untuk diteliti.
“Mana-mana ahli yang menyertai parti lebih setahun, sebagaimana disyaratkan layak boleh mengundi dan bertanding, seharusnya mereka dibenarkan bertanding mana-mana jawatan selagi dia itu memiliki pencalonan yang mencukupi.
“Dan, pencalonan mana-mana cabang tidak harus diketepikan hanya kerana tarikh akhir pentadbiran.
“Adalah baik untuk mengadakan proses-proses pentadbiran, tetapi ia seharusnya telus dan memenuhi objektif-objektif parti,” katanya lagi.

No comments
Post a Comment