Ahmadinejad: Sistem kapitalis hampir runtuh

TEHRAN: Presiden Republik Islam Iran Mahmoud Ahmadinejad berkata, sistem kapitalis hampir runtuh, sambil menekankan pentingnya dunia berasaskan keadilan.

"Iran dan Zimbabwe boleh memainkan peranan berkesan bagi menubuhkan order baru global berasaskan keadilan dan setiakawan memandangkan terdapat persamaan di antara kedua-dua negara mengenai isu penting serantau dan antarabangsa."

Beliau berkata demikian dalam mesyuarat dengan Menteri Luar Zimbabwe Simbarashe Mumbengegwi di sini semalam, lapor IRNA.

Presiden Iran itu menggesa Tehran dan Harare menggunakan kapasiti untuk menggalak kerjasama dua hala dan serantau.

"Pengluasan kerjasama dan pertukaran ekonomi di antara Iran dan Zimbabwe dalam berbagai bidang akan memberi faedah kepada kedua-dua negara dan negara-negara di serantau," katanya.

Meningkatkan lagi hubungan

Menteri Zimbabwe itu, bagi pihaknya, menyatakan kesungguhan negaranya untuk menggunakan segala potensi bagi meningkatkan lagi hubungan.

Beliau berkata Harare berkongsi pendirian yang sama dengan Tehran berhubung isu serantau dan antarabangsa dan berusaha memperkukuh kerjasama ekonomi dan politik dengan Iran.

Pengluasan hubungan dengan negara-negara Afrika dalam bidang kebudayaan, ekonomi dan politik merupakan di antara keutamaan dasar luar Republik Islam itu.

Presiden Ahmadinejad membuat lawatan dua kali ke Zimbabwe pada April ketika para pegawai kanan Iran dan Zimbabwe menandatangani 11 Memorandum Persefahaman dalam bidang pelancongan, pendidikan, pengangkutan, teknologi dan membatalkan sekatan birokrasi seperti keperluan visa.

Tehran dan Harare juga bersetuju untuk membentuk usahasama dalam sektor teknikal, saintifik dan pertanian.

-SF/MMA/HRF

No comments

Powered by Blogger.