Merapi Meletus Dahsyat, Radius Keselamatan Naik Kepada 15km
Oleh Ahmad Fuad Yahya
JAKARTA, 3 Nov (Bernama) -- Gunung Merapi meletus paling dahsyat pada Rabu dengan anggaran tiga kali kekuatan letusan hari pertama pada 26 Okt lalu, menyebabkan pihak berkuasa menaikkan radius zon keselamatan kepada 15km.
Letusan yang berlaku selama satu jam sejak pukul 3.20 petang memperlihatkan gunung berapi itu memuntahkan awan panas terdiri daripada abu volkanik yang berkepul-kepul di puncaknya sehingga dari satu sudut pandangan ia kelihatan menutup gunung berusia 400,000 tahun yang terletak antara provinsi Yogyakarta dan Jawa Tengah itu.
Pergerakan awan panas abu volkanik itu juga telah menyebabkan laporan langsung oleh wartawan sebuah stesen TV swasta di Klaten, Jawa Tengah terpaksa dihentikan pada pukul 5 petang kerana keadaan di situ sudah menjadi amat berbahaya.
Ketua Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi, Surono berkata letusan hari ini luar biasa kerana untuk pertama kalinya, Merapi meletus selama satu jam tanpa henti dan beliau telah meminta pihak berkuasa tempatan meningkatkan radius zon keselamatan kepada 15 km dari gunung berapi itu.
Bererti masyarakat tidak boleh berada dalam lingkungan 15km dari Merapi. Sebelum ini radius keselamatan ialah 10km.
"Yang penting semua orang mengikuti nasihat pihak berkuasa untuk tidak mendekati zon bahaya," katanya.
Keadaan gawat itu menyebabkan siren segera dibunyikan untuk memperingatkan penduduk di luar pusat pemindahan segera meninggalkan kawasan bahaya dan sebahagian daripada mereka diangkut dengan kenderaan-kenderaan yang disediakan.
Pengarah Pelajaran Malaysia (dulunya Jabatan Penuntut Malaysia) di Indonesia Datuk Dr Junaidy Abu Bakar yang dihubungi berkata semua pelajar Malaysia di sekitar Yogyakarta dan sekitar Jawa Tengah telah dipastikan selamat daripada kesan letusan.
Sementara itu hujan lebat yang menyirami kawasan-kawasan lereng Merapi di daerah Sleman khususnya telah menghindarkan penduduk daripada terkena hujan abu volkanik akibat awan panas merapi itu, namun ia menyebabkan empat batang sungai banjir dengan lahar dingin termasuk Kali Kuning dan Kali Gendol.
Letusan Merapi turut berlaku pagi ini pada masa yang hampir sama dengan ketibaan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di sebuah pusat pemindahan bencana Merapi di Purwobinangun, Sleman, Yogyakarta pada pukul 8.20 pagi.
Dalam lawatannya itu presiden meminta penduduk di lereng Gunung Merapi di Provinsi Yogyakarta dan Jawa Tengah yang telah 10 hari ditempatkan di pusat pemindahan itu supaya tetap tinggal di sana sehingga keadaan disahkan selamat.
Presiden turut bermesra dan makan nasi bungkus bersama penduduk di pusat pemindahan itu.
Merapi dikelilingi daerah berlaku bencana yang terdiri dari empat daerah. Di daerah Sleman, Yogyakarta sahaja jumlah penduduk di pusat-pusat pemindahan telah meningkat 21,400 orang.
Sejak 25 Oktober hingga hari ini, status amaran merapi masih "awas" dengan aktiviti volkanik yang masih tinggi.
Rabu pagi tiga kali ia menyembur awan panas sepanjang 4 km ke arah Kali Gendol yang debunya terbang ke segala arah.

No comments
Post a Comment