Umno putar belit projek hab pendidikan Pulau Pinang isu perkauman, kata Guan Eng
Oleh Shazwan Mustafa Kamal
KUALA LUMPUR, 3 Nov — Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini mendakwa Umno cuba ”memutar belit” cadangan kerajaan Pulau Pinang untuk membangunkan hab pendidikan di Balik Pulau sebagai isu ”perkauman”, dan menyerang kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR)
Lim mendakwa Umno telah tersalah tuduh PR kononnya kerajaan negeri “mendapat” 200 ekar tanah yang umumnya dimiliki oleh penduduk kaum Melayu bagi membangunkan hab pendidikan unggul di Balik Pulau.
Ketika mempertahankan pendirian kerajaan negeri, Lim berkata, siasatan kerajaan negeri terhadap tuntutan pihak pembangkang telah pun dilakukan.
Tetapi, kerajaan negeri mendapati majoriti tanah yang terbabit dalam projek ini sebenarnya “bukan tanah milik orang Melayu.”
“Mereka (pemimpin Umno) mengatakan bahawa kita (kerajaan negeri) mengambil tanah milik orang Melayu.
“Inilah pertama kali proses pengambilalihan (tanah) dilakukan, bahkan tidak mengambil kira aspek latar belakang kaum.
“Itu adalah soal pentadbiran kami... jadi setelah Umno mengangkat isu perkauman, kami bertanya soal latar belakang kaum (pemilik-pemilik tanah terbabit),” katanyam
Sebenarnya kata beliau, pihaknya mendapati sebanyak 21 peratus adalah tanah milik orang Melayu dan selebihnya adalah milik bukan Melayu, Cina,” ujar Lim pada sidang media di lobi Parlimen.
Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, kerajaan negeri akan memastikan pemilik tanah serta pemilik kediaman terbabit mendapat pampasan yang sewajarnya.
“Ketika kita (kerajaan negeri) membeli tanah, kita memberi pampasan kepada pemilik tanah dan pemilik kediaman yang terbabit hanya dua orang Melayu sahaja... kita akan cuba memberi mereka pampasan yang setimpal.
“Janganlah diubah isu ini pada isu perkauman ketika pendidikan dianggap penting.
“Bukan sekadar membina universiti asing, IPTS (Institusi Pendidikan Tinggi Swasta) pun kita akan bangunkan, mereka mahu menubuhkan sebuah kampus di Balik Pulau... apa salahnya kalau kita tidak ambil kisah.” kata Lim.
Pada 13 Mei lalu, kerajaan negeri telah mengumumkan bahawa seluas 200 ekar ekar tanah telah dikenal pasti di Balik Pulau untuk diubah menjadi sebuah hab pendidikan cemerlang dengan mengundang beberapa lembaga pendidikan tinggi untuk mendidikan kampus mereka masing-masing.
Pada ketika itu, Lim berkata projek tersebut dalam proses pembangunan tanah yang kosnya sekitar RM100 juta.
Semalam, sekitar 100 penduduk mengadakan demonstrasi di depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pengambilalihan tanah di Balik Pulau.
Azizan Ariffin selaku wakil kumpulan terbabit mendakwa lebih 29 lot tanah milik orang Melayu dan 12 lot yang lain milik Cina diambil alih bagi membuat jalan ke sebuah institusi pengajian tinggi tersebut.
Azizan menegaskan bahawa tidak ada pemilik tanah suka berpindah-randah kerana tanah mereka adalah “sebahagian dari warisan mereka.”
Pihak pembangkang khususnya Umno telah melancarkan beberapa serangan ke atas pentadbiran Lim dengan mengatakan bahawa kerajaan Pulau Pinang pimpinan PR gagal mengatasi masalah orang-orang Melayu di negeri itu.

No comments
Post a Comment