1Malaysia 1Israel, sama tapi tak serupa

Oleh MOHD RASHIDI HASSAN

TAHAP pemahaman konsep 1Malaysia di kalangan rakyat meningkat 84 peratus, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Dato' Seri Dr Rais Yatim. Konsep 1Malaysia bukan alat politik, kata Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Malah semasa berucap merasmikan Konvensyen Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) baru-baru ini, beliau menafikan 1Malaysia sama dengan 1Israel.

Katanya, "Konsep 1Malaysia tidak diciplak dari negara lain…ini ciptaan saya sendiri. Negara lain boleh ada satu itu, satu ini…tetapi tidak ada di dunia ada "1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan".


Sementara Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz masih menunggu Dato' Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti yang mengaitkan Apco dengan konsep 1Malaysia.

Najib kata 1Malaysia adalah ilham beliau. Manakala bekas PM Israel, Ehud Barak juga mengilhamkan konsep 1Israel suatu ketika dahulu.

Berdasarkan penjelasan Najib, Rais dan Nazri, mungkin kita boleh terima bahawa 1Malaysia tidak serupa 1Israel yang digunapakai oleh Ehud Barak, untuk meraih sokongan rakyat kepada Parti Buruh pada tahun 1999. Jelas di sini yang sama hanya penggunaan nombor 1 (One) di pangkal nama negara yang tidak serupa, iaitu Malaysia berbanding Israel.

Cumanya, Apco dikatakan menasihati Ehud Barak pada tahun 1999 manakala Umno-BN pada 2009. Jarak masanya 10 tahun.

Maknanya, dda yang sama, ada yang tidak sama. Dalam erti kata lain, ia sama tapi tak serupa.

Najib cuba menafikan 1Malaysia sebagai alat politik. Kalau beliau bercakap dengan Jakun di rimba, barangkali mereka percaya, tetapi rakyat Malaysia semuanya semakin cerdik.

1Malaysia diguna secara meluas oleh Umno-BN. Semasa Perhimpuan Agung Umno, baru-baru ini, diguna secara meluas 1Umno 1BN. Malah huruf I pada ejaan BN digantikan dengan nombor 1. Ia dieja dengan BAR1SAN NAS1ONAL.

Jik kita mengikut etika tatabahasa Dewan Bahasa Pustaka (DBP), ejaan sebegitu tidak sah. Kalau anak-anak kita masuk periksa, tulis ejaan BAR1SAN NAS1ONAL dah lama mereka failed.

Kalau dalam etika kewartawanan pun, mana-mana tulisan yang seperti itu, pasti dibakulsampahkan.

Apa pun, usahlah PM hendak nafi. Memang 1Malaysia menjadi alat politik BN. Kerajaan BN adalah politik, PM pun orang politik. Apa sahaja adalah untuk kepentingan politik.

Namun yang hendak dibahaskan di sini, isu asasnya ialah, damage atau kerosakan angkara Apco ini amat besar kepada negara.

Pertama, kerajaan Umno-BN menggunakan lebih RM77 juta wang rakyat untuk dibayar kepada Apco.

Kedua, kerajaan Umno-BN sudah mendedahkan rahsia negara kepada syarikat perunding asing, yang diterajui Yahudi. Ke

tiga, angkara Yahudi Apco, politik Malaysia jadi huru hara dan kelam kabut.

Keempat, demi kepentingan politik, kerajaan Umno-BN melalui Nazri Aziz, lebih mempercayai keterangan Yahudi Apco daripada keterangan Anwar Ibrahim.

Faktanya, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, bersama tiga rakan yang lain digantung enam bulan daripada menghadiri sidang parlimen kerana membangkitkan isu kaitan Apco dengan '1Malaysia' dan 'One Israel'.

Kerajaan Umno-BN sebenarnya cuba untuk lari daripada hakikat sebenar yang dipersoal rakyat, iaitu mengapa sebuah syarikat yang diketahui mempunyai hubungan kuat dengan perisikan Israel dibenarkan untuk menguruskan salah satu fungsi kerajaan yang paling berpengaruh, iaitu bidang komunikasi?

Kerajaan Umno-BN tidak harus lari untuk menafikan hakikat bahawa pembabitan Apco Worldwide dalam merencanakan dasar negara bukan perkara baru, ia bermula sejak September 2009.

Media talibarut Umno-BN cuba menyembunyikan hakikat bahawa penglibatan Apco dalam merencanakan dasar kerajaan amat membahayakan negara dan rakyat.

Media menyembunyikan hakikat bahawa Apco yang beribu pejabat di Amerika. Alamat penuhnya ialah 700, 12th Street, N.W, Suite 800, Washington DC 20005. Washington adalah pusat pelobi Yahudi

Yang jelas Apco tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.

Dilaporkan secara jelas bahawa Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Eksekutif Apco kebanyakannya adalah mereka berketurunan Yahudi

Manakala penasihat utama Apco ialah pakar-pakar yang pernah berkhidmat dengan rejim Zionis termasuk bekas Ketua Agensi Keselamatan Israel, Doron Bergerbest-Eilon; bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Shein dan bekas duta Israel ke Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich.

Pengarah Urusan Apco di Malaysia ialah Paul Stadlen, yang juga seorang berketurunan Yahudi, yang sebelum ini bertugas di pejabat Apco di London.

Justeru, masalah sebenar yang dipersoalkan ialah, selama ini Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, justeru menggunakan khidmat perisik yang rapat dengan Israel adalah tidak bersesuaian dengan dasar negara.

Juga dipersoalkan rakyat, jika perisik atau syarikat perunding Apco memberikan nasihat komunikasi untuk tujuan politik kepada parti politik Israel, apakah bentuk nasihat yang sama tidak mungkin digunapakai di Malaysia.

Mungkin rakyat boleh menerima secara kebetulan 1Malaysia sama dengan 1Israel, Klinik 1Malaysia sama seperti Klinik 1Israel, tetapi rakyat sesekali tidak boleh menerima kehadiran Yahudi Apco.

Menggunakan khidmat Yahudi Apco untuk kepentingan politik Umno-BN adalah menyalahi undang-undang negara, tatasusila agama dan bangsa.

Apa faedahnya Umno-BN mempertahankan Yahudi Apco, sebaliknya bersikap keras dengan rakyat Malaysia dan melebarkan permusuhan sesama Islam.

Apa salahnya jika Umno-BN mengaku hubungan Yahudi Apco sebagai suatu kesalahan dan menghentikan segera khidmat Apco Worldwide.

Jika hubungan Umno-Apco diteruskan, mereka hanya menanti masa, untuk dikuburkan di pusara yang mereka gali sendiri.

No comments

Powered by Blogger.