2011 tahun untuk perubahan
Oleh norhayati
"Assalamualakum,
Belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 pada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kesejahteraan di negara yang Allah anugerahkan segala kekayaan dan kemewahan. Amin.
Seperti biasalah perayaan di ambang tahun baru tidak lain dan tidak bukan hiburan yan meloyakan, percikan bunga api, jerit sana jerit sini, itulah persamaan yang kita akan dapat lihat tatkala menjelmanya tahun baru. Kalau 10 tahun yang lalu, remaja yang sama bergelumang dengan segala kemabukan di tahun baru, adakah remaja yang semalam telah menjangkau 30 tahun masih berseronokan seperti 10 tahun yang lalu. Kalau benarlah seperti apa yang kita bayangkan, amatlah rugi insan tersebut kerna pada perkiraan kita, insan tersebut mungkin telah berkerjaya, berkeluarga dan lebih matang dalam menyambut ketibaan tahun baru. Apa yang ingin saya utarakan di sini adalah bagaimana corak pemerintahan negara kita yang telah merdeka lebih daripada 50 tahun tidak mampu melahirkan insan yang berwibawa, beriman, beramanah dan bertanggungjawab terutama dalam menegak syiar Islam di bumi Malaysia yang begitu banyak khazanahnya.
Kita imbas kembali dekad 10 tahun yang lalu, apakah insan-insan yang telah Malaysia lahirkan terutamanya insan berbangsa Melayu dan beragama Islam yang mengaku 'Tiada Tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya Muhamad pesuruh Allah'. Apa yang jelas, sepanjang 10 tahun ini, para remaja, suami isteri dan para ibubapa yang beragama Islam ni berlumba-lumba melahirkan insan yang hebat dalam program realti TV. Sebutlah apa programnya, AF, Mentor, Mari Menari, Pilih kasih dan terbaru Kamilah Bintang untuk anak-anak belasan tahun. Berebut-rebut mak bapak nak ketengahkan anak-anak mereka menjadi artis, boleh jadi kaya, buat duit, hidup mewah, bila ditemuramah, untuk ubah kehidupan yang lebih baik sikit. Masyaalllah, apakah rezeki yang allah kurniakan tidak cukup untuk menyedarkan kita untuk bersyukur atas nikmatnya. Adakah dengan kemewahan menjadi artis pujaan membuat kita lebih bahagia di dunia ini. Trend ibu bapa di alaf baru ini, mereka akan kecewa remuk redam kalau anak mereka gagal jadi artis, gagal dapat banyak A dalam UPSR, PMR dan SPM. Tapi kalau anak mereka tak boleh membaca Al quran, tak pandai bersolat, mereka tak sesedih macam yang pertama tadi. Itulah trend ibu bapa sekarang yang akan melahirkan generasi yang dibuai dengan hiburan, artis pujaan, joget sana joget sini.
Itu bab mak bapak, tang suami isteri pun sama pulak sekarang ni. Kot dulu artis je yang menari-nari, suami isteri pun dipelawa berjoget sama, ada pulak yang sambut cabaran tu. Bukan calang-calang orang pulak yang masuk, tentera pun ada, hai alamat tentera malaysia pun dan leka dengan hiburan, bila nak jaga pertahanan negara. Penat saja sebelum nikah pergi kursus rumahtangga agar bila kahwin nanti boleh jadi suami yang soleh, isteri yang solehah. Dah kahwin saja, kursus tah kemana, tayang isteri kat orang ramai, tonton tubuh badan isteri untuk menari sana menari sini. Apa yang dapat saya rumuskan di sini, program Mari Menari yang dulunya dijayakan oleh para artis, rumahtangga mereka telah mula porak peranda dan dah bercerai pun. Memanglah mudah untuk kita sebut, sudah takdir Allah saya bercerai, tapi kalau kita yang tak jaga keutuhan rumahtangga kita, yang declare loving couple of the year pun boleh bercerai. Jangan mudah untuk kita menyalahkan takdir, kerana sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah, yang buruk adalah dari kelemahan kita sendiri.
Baiklah kita tutup kisah di atas, kita fokus pada yang lebih penting untuk kita hadapi di tahun 2011 yang mendatang ini. PRU 2008 telah mengubah lanskap politik negara kita apabila rakyat mula buka mata untuk memilih pemimpin mereka yang akan bercakap di Parlimen. Alhamdulillah gabungan Pakatan Rakyat (PR) telah dapat membentuk 4 negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta mengekalkan Kelantan di bawah parti pembangkang. Tapi kuasa Allah yang mungkin ada hikmah yang kita tak ketahui, Perak jatuh semula ke tangan BN dengan rakusnya di awal 2009. Mungkin pedih untuk kita terima, tapi itulah hakikat ketamakan serta tidak boleh menerima kekalahan dari puak BN untuk terus berkuasa dan menidakkan kuasa rakyat. Kta lupakan segala apa yang berlaku di awal perampasan dan hinggalah ke saat ini, Perak kekal milik mereka tapi kita tunggu PRU 13 nanti adakah Perak akan terus dimiliki oleh BN, hanya allah yang menentukan.
Setelah hampir 3 tahun selepas PRU 12, persoalannya apakah kehidupan kita rakyat Malaysia lebih selesa di bawah pemerintahan Najib Tun Razak selepas mengambil alih pemerintahan dari Tun Abdulah Badawi di awal 2009. Walaupun beliau bermegah dengan slogan 1 Malaysianya, kita rakyat Malaysia masih dihimpit dengan segala masalah terutama dengan kenaikan harga barang-barang selepas kenaikan petrol yang begitu kerap sekali walaupun beliau pernah berjanji tidak akan ada kenaikan. Setiap kali kenaikan harga petrol, kabinet Najib mengeluarkan kenyataan Malaysia masih rendah harga petrolnya di Asia ni. Memang mudah untuk mereka mengeluarkan kenyataan tersebut kerana bukan mereka yang bayar petrol tiap-tiap hari, kita rakyat marhen ni yang setiap pagi kena isi petrol kerana nak pergi kerja setiap hari. Kita rakyat disuruh berjimat cermat tapi mereka bermewah-mewah tanpa rasa takut atau segan pada rakyat. Sejak memegang tampuk pemerintahan, Najib dilihat kerap ke luar negara, duit sapa tu kalau bukan kita sebagai pembayar cukainya. Beliau keluar negera sudah tentu boleh tuntut balik, silap-silap gaji bulanan pun tak disentuhnya, makan duit claim saja.
Adakah pemimpin sebegini yang harus kita kekalkan pada PRU akan datang. Sudah cukuplah kita memberi pemerintahan ini selama 50 tahun pada BN yang pada saat-saat ini hidup rakyat makin merempat, susah, gaji tak sepadan dengan kehidupan yang tinggi, yuran persekolahan yang tak tentu arah. BN sanggup berbelanja berbilion-bilion untuk projek mega 100 tingkat tapi tak sanggup untuk menaik taraf sekolah-sekolah di luar bandar, hospital dan apa juga prasarana yang diperlukan oleh rakyat. Cuba lihat sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak, di kawasan pendalaman, kita tak akan percaya yang pemerintahan 50 tahun, taraf rakyat di luar bandar macam saya berumur 12 tahun dahlulu. Belum lagi untuk kita bincang soal keselamatan rakyat serta perundangan negara. Sejak mutakhir ini, banyak kes-kes yang melibat pihak keselamatan terutama PDRM dan jabatan kehakiman. Kes kematian Beng Hock, Altantuya, adik Amirul rashid, A.Kugan dan banyak lagi menimbulkan keraguan pada kita sebagai rakyat negara ini adakah kita benar-benar selamat di bawah kedua-dua jabatan ini. Kalaulah seorang bekas TPM boleh diperhambat hingga lebam matanya 12 tahun yang lalu, apa lagi kita rakyat biasa ni, hancur lunyai kita dikerjakannya.
Kes-kes rasuah tak usah nak sebutlah. Cuba kita senarai semua pemimipin BN baik dari Pusat mahupun negeri, kita boleh senaraikan kes-kes rasuah mereka. Sukar untuk kita cari pemimpin BN yang betul-betul bersih untuk kita terus kekal dalam pemerintahan. Khir Toyo, berpuluh kes disenaraikan sampai tak dapat nak dikira, cuma yang ketara adalah rumah banglo mewah sehebat istana serta pelancungan ke Disneyland oleh isteri beliau. Itulah bagusnya bila PR memerintah di negeri Selangor, terbongkar semua rahsia. Itupun rakyat di kawasan Khir Toyo masih dok pilih beliau pada PRU 12 yang lalu. Bukan mereka tak tahu, tahu sebenarnya, tapi itulah sikap orang Melayu yang begitu dipegang oleh pemimpin BN, jangan derhaka pada pimimpin dan hendaklah kenang segala jasa pemimpin kita. Pemimpin buat salah, tutup mata je, janji aku bagi kesenangan dan kemewahan, apa keburukan aku jangan ambil tahu. Pengundi Melayu ni, sikap mereka memang tak suka ambil tahu keburukan pemimpin, biar mereka tanggung sendiri, janji jangan kacau periuk nasi aku. Mudah benar diubah pendirian mereka, bagi RM500 cukup untuk mereka memangkah BN walaupun kebusukan serta keburukan BN terserlah. Begitulah murahnya nilai orang Melayu pada pandangan pemimpin BN. Cuba kita soroti PRK K.Selangor yang lalu, majoriti kemenangan BN adalah di kawasan Felda yang didiami oleh orang Melayu. Kawasan seperti KKB dan Batang Kali yang penghuninya orang Cina, MCA awal-awal lagi dah bungkus, tak dapat sambutan. Tapi orang Melayu, beberapa jam sebelum mengundi masih boleh digula-gulakan oleh BN dengan RM terus cairlah mereka. Itulah mentaliti orang Melayu dalam berpolitik, ibarat lalang, lentuk mengikut arus angin, tidak tetap pendirian. Kalau beginilah sikap yang akan mereka bawa pada PRU 13 akan datang, alamat tiada perubahanlah pada politik negara, pemimpim BN akan terus rakus merompak khazanah negara, rakyat akan terus bergelumang dengan kemiskinan dan kesengsaraan hidup dalam negara yang kaya raya ini.
Cuba kita lihat pemerintahan yang dibawa oleh PR di Kedah, P.Pinang dan Selangor, rasa sayalah baru saja 3 tahun pemerintahan kita sudah dapat menghirup sedikit nafas lega. Selangor terutamanya, telah memberi air sebanyak 20m3 pertama secara percuma yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor. Walaupun jumlahnya agak sikit, tapi bagi kami rakyat marhen, ia sudah dapat mengurangkan sedikit bebanan yang terpaksa kami tanggung. Adakala oleh kerana sikap jimat cermat, bil bulanan hanya RM0.00, tiada bayaran langsung. Syukur alhamdulillah. Dan bagi pelajar-pelajar yang berjaya masuk ke IPT atau IPS, kerajaan Negeri Selangor memperuntukan bayaran sebanyak RM1000 seorang bagi menanggung kos awal yang diperlukan oleh pelajar-pelajar tersebut. Anak saya yang telah hampir 6 tahun belajar di Sekolah Agama berasrama dalam negeri Selangor, hanya setelah PR memerintah beliau mendapat wang saguhati RM900 seorang yang dibayar melalui JAIS. Perkara seperti ini tidak akan dapat dirasai sewaktu pemerintahan BN. Hasil dalam negeri Selangor memang banyak untuk dipulangkan pada rakyat, tapi pemimpin BN merompak hasil untuk kepentingan mereka serta keluarga mereka. Ambil tanah rakyat, buat rumah banglo di tengah-tengah kawasan rakyat miskin, mereka bukan merasa malu malah boleh mencanang pulak kemewahan mereka tanpa segan silu. Itupu masih ada rakyat yang dok pergi pangkah mereka waktu mengundi.
Jadi saya ingin mengingatkan diri saya sendiri sebagai orang Melayu yang beragama Islam serta seluruh rakyat Malaysia, tak kiralah Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan apa juga bangsa, marilah kita sama-sama mengubah mentaliiti serta pendirian kita untuk tidak terus membiarkan negara ini jatuh untuk tempoh 5 tahun lagi ke tangan penyangak, penyamun serta perompak dari BN. Cukuplah kita dibuaikan dengan slogan 1 Malaysia yang pada hemat saya tidak membawa apa-apa maknya pun, 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' hanyalah mainan bibir dengan kata-kata yang manis, tapi yang menelan pahitnya adalah kita rakyat yang terseksa sedemikian lama. Berubahlah untuk satu corak pemerintahan yang boleh membawa keamanan, sejahteraan pada semua bangsa serta menegakkan Islam sebagai panduan. Janganlah kita mudah percaya dengan segala tohmahan yang dilemparkan oleh media pencacai BN tentang apa juga kemelut yang dihadapi oleh PR mutakhir ini. Pemimpin-pemimpin PR yang keluar untuk hidup selesa berpeluk dengan BN, biarkanlah mereka terjun dengan labu-labunya. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini, untuk kita melihat dengan sendirinya mana pemimpin yang sanggup bersusah dengan rakyat dan mana pemimpin yang tak sanggup hidup susah tanpa BN. Jadi marilah kita tekadkan hati dan pegangan kita untuk kita nyahkan BN pada PRU ke 13 yang mungkin diadakan tahun ini atau tahun hadapan. Hidup rakyat, Hidup PR, Hidup Islam. Takbir..

No comments
Post a Comment