Debat: Khairy tidak diiktiraf Najib
M Fakih
KOTA BHARU, 13 Jan: Usahkan hendak berdebat dengan pemimpin utama Pakatan Rakyat, kedudukan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno pun seolah-olah tidak diiktiraf Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Ini kerana tiada dalam sejarah Umno seorang pemimpin kanan sayap parti tidak dilantik memegang apa-apa jawatan dalam kabinet atau kerajaan.
Namun, tiba-tiba anggota parlimen Rembau itu muncul mahu menyahut cabaran debat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ganti kepada Najib.
“Sepatutnya Khairy sedar kedudukannya sekarang kerana tiada kapasiti untuk bercakap mewakili kerajaan dengan kedudukannya sekarang.
”Sedangkan Ketua Pembangkang mengajak Perdana Menteri mendebatkan isu Program 100 Hari Pakatan Rakyat memandangkan gagasan itu dipersendakan Najib,” kata Ketua Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Abdul Kadir kepada Harakahdaily.
Semalam media melaporkan Khairy yang juga menantu kepada bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menawar diri untuk berdebat mengenai Program 100 hari Pakatan Rakyat sebagai ganti Presiden Umno.
Menurutnya Perdana Menteri tidak perlu membuang masa dengan Anwar kerana banyak perkara lebih penting diuruskan.
Abdul Aziz yang juga anggota parlimen Ketereh berkata, sekiranya Najib sendiri tidak menerima kehadiran Khairy bagaimana beliau mahu mewakilinya berdebat dengan Anwar.
”Setidak-tidaknya tokoh yang mahu mengganti Najib berdebat biarlah orang kanannya dan mempunyai kedudukan di peringkat kabinet.
”Bukan saya mahu menghina Khairy, namun beliau perlu sedar dengan kedudukannya sekarang dan tidak perlu mengambil kesempatan bagi mempopularkan dirinya dalam isu ini,” ujarnya.
Anwar sebelum ini mencabar Perdana Menteri berdebat secara terbuka berkenaan program 100 Hari Pakatan Rakyat yang dianggap Najib boleh memufliskan negara.
Pada konvensyen Pakaan Rakyat di Kepala Batas Disember lalu beberapa program dijanjikan dalam agenda 100 Hari termasuk imbuhan khas kepada guru berjumlah RM500 sebulan.
Selain itu jaminan subsidi minyak akan dikekalkan untuk golongan berpendapatan rendah.
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Abdullah Yaakub berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) begitu takut dengan tawaran dikemukakan Pakatan Rakyat.
Adun Pasir Tumbuh, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, Perdana Menteri begitu bimbang dengan janji dikemukakan Pakatan kerana ia realistik dan boleh diterima orang ramai

No comments
Post a Comment