Interlok: MIC mahu perkataan pariah digugur
KUALA LUMPUR, 15 Jan – Isu perkataan pariah digugur dalam Interlok perlu ditutup, kata Presiden MIC Datuk G.Palanivel.
Memandangkan ia bukan isu politik, ia bagaimanapun, suatu yang sensitive kepada kaum India di negara ini, katanya sambil menambah bahawa parti itu tidak akan berganjak agar perkataan itu digugurkan daripada novel itu.
Palanivel berharap lima anggota panel yang telah disenaraikan oleh parti itu untuk berbincang dengan Kementerian Pelajaran berhubung penggunaan perkataan itu di dalam novel yang telah digunakan sebagai buku teks kesusasteraan bagi Tingkatan Lima bermula tahun ini, dapat menyelesaikan isu sensitif itu.
Beliau bercakap kepada Bernama selepas menghadiri sambutan Ponggal 1Malaysia di ibu pejabat MIC di sini, hari ini.
MIC telah melantik Presiden Hindu Sangam R. S. Mohan Shan, bekas Ketua Jabatan Pengajian India Universiti Malaya Dr S.Singaravelu, Ketua Jabatan itu sekarang Profesor Madya Dr S. Kumaran, Pengerusi Biro Pendidikan MIC Datuk Dr T. Marimuthu dan bekas pegawai Kementerian Pelajaran G. Krishnabagwan sebagai anggota panel untuk berbincang mengenai isu itu.
Naib Presiden MIC Datuk S. K. Devamany berharap isu itu yang disifatkannya sebagai “hanya satu isu kecil” tidak perlu diperbesar-besarkan dan diambil kesempatan oleh pihak tertentu demi kepentingan politik mereka.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tidak bersetuju dengan penggunaan novel itu sebagai buku teks bagi pelajar Tingkatan Lima kerana berpendapat mereka masih terlalu muda untuk memahami sistem kasta seperti yang digambarkan dalam novel hasil karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussein.
“Kita tidak mahu isu ini menimbulkan suasana tidak harmoni antara guru dan para pelajar,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah berkata Biro Pengaduan Awam di bawah seliaannya telah menerima 27 aduan terhadap novel itu.
Setiausaha Pemuda MIC C. Sivarraajh berkata pergerakan itu dengan kerjasama Koperasi Buku Malaysia Berhad merancang untuk menganjurkan satu debat mengenai perkara itu di Rumah Universiti, Universiti Malaya pada 26 Januari.
Wakil-wakil dari parti, profesion perguruan dan persatuan penulis-penulis kebangsaan dijangka mengambil bahagian. – Bernama

No comments
Post a Comment