Isu Felda bakal warnai kempen PRK Tenang
Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 5 Jan: Isu Felda dijangka antara isu yang akan mewarnai kempen Pakatan Rakyat dalam berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang 30 Januari ini.
Timbalan Pengarah Pilihanraya I PAS bagi PRK Tenang, Mazlan Aliman berkata, banyak isu besar berkaitan penyalahgunaan kuasa Felda akan didedahkan kepada peneroka di Dun itu.
Katanya, ianya juga sesuai dengan mood peneroka yang majoritinya kini tidak berpuas hati dengan pengurusan Felda khususnya generasi kedua.
Ianya termasuk isu wang tanam semula, kadar perahan gred dan isu Felda Plantation yang antara menjadi kemarahan peneroka seluruh negara.
"Saya akan guna isu kritikal ini untuk kempen PRK Tenang ini.
"Sepertimana janji 100 hari Pakatan Rakyat, kita akan mansuhkan Felda Plantation jika diberi mandat memerintah negara," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) berkata, beberapa keputusan mahkamah yang menyebelahi peneroka sebelum ini membuktikan apa yang diperjuangkan Anak adalah benar.
Disember lalu, Pengarah Besar Felda, Datuk Zulkifli Abd. Wahab didakwa mengeluarkan satu pekeliling yang diedar kepada setiap peneroka memohon isu berkaitan Felda tidak dibawa ke mahkamah.
Beliau mahu semua isu antara peneroka dengan Felda diselesaikan melalui meja rundingan.
Mengulas perkara itu Mazlan berkata, peneroka sebenarnya dari dahulu lagi sudah berunding namun Felda yang tidak bersungguh dalam mencari penyelesaian.
"Kita bawa ke mahkmah bukan bermakna kita ego, tapi itu sebenarnya jalan terakhir setelah perundingan dengan Felda tiada keputusan muktamad.
"Sebenarnya kita sahaja yang beria-ia nak berunding, tapi Felda buat kita jadi pak turut sahaja," katanya lagi.
Sehingga kini katanya, lebih 8000 peneroka belum menerima wang tanam semula biarpun Mahkamah Tinggi Kuantan sebelum ini mengarahkan Felda membayarnya.
"Kita boleh berunding tetapi ada syaratnya.
"Kembalikan wang tanam semula peneroka, dan kita mintak kadar perahan gred sebanyak 23 peratus," katanya meletakkan syarat.
Sebelum ini, Felda hanya menetapkan 18 peratus sahaja untuk kadar perahan gred biarpun ujian makmal membuktikan 25 peratus adalah kadar paling wajar diberi kepada peneroka.
Bagaimanapun menurut Mazlan, 23 peratus adalah sudah cukup untuk peneroka asalkan Felda menaikkannya dari 18 peratus pada waktu ini.
Saluran mahkamah juga menurut Mazlan terpaksa digunakan peneroka setelah hilang sabar dengan sikap Felda yang tidak bertanggungjawab.
Sehingga kini ujarnya, hampir 4000 peneroka datang mengadu kepada Anak dan mereka mahu menggunakan mahkamah untuk mendapatkan hak mereka.
"Jumlah nak saman Felda ini sangat besar dan saya pun tak boleh nak halang.
"Ini bukan soal menghasut tapi mereka sendiri sudah berani bertindak, bukan macam dahulu lagi," katanya.
Sehubungan itu, beliau memberi tempoh sehingga pertengahan bulan ini kepada Felda untuk menyelesaikan beberapa isu besar peneroka atau berdepan tindakan saman besar-besaran peneroka.

No comments
Post a Comment