Izzah : Rakyat berhak semak dan persoal kos projek MRT
KELANA JAYA, 18 Jan – Rakyat disaran menggunakan hak mereka untuk menyemak dan mempersoal angka dan kos yang diumumkan kerajaan Barisan Nasional(BN) dalam perlaksanaan projek Sistem Transit Awam(MRT).
Saranan ini dikemukakan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kerana sekiranya dibiarkan dibimbang ia akan mengulangi skandal pembinaan LRT sebelum ini.
Dalam sidang media di Ibupejabat parti pagi tadi, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, rakyat kini sedang diheret ke kancah hutang yang tinggi dalam sejarah negara.
“Kita akan membuat satu komitmen kewangan terbesar dalam sejarah negara maka kita patut memastikan struktur kewangan projek ini teratur dan dilaksanakan dengan mengambil kita yang terbaik bagi negara,” kata beliau.
Jelas beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih berdolak dalih berkenaan kos sebenar projek di mana kos RM36 bilion yang diumumkan sebelum ini meningkat hingga RM50 bilion dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.
Sekiranya ini berlaku, kadar hutang negara akan melonjak melebihi paras 60 peratus dari pada jumlah Keluaran Dalaman Negara Kasar (KDNK) apabila projek tersebut siap dibina.
“Keputusan untuk meningkatkan hutang negara sedemikian rupa memerlukan analisa dan semakan yang teliti supaya generasi akan datang tidak menanggung hutang akibat kesalahan kerajaan hari ini,” kata beliau lagi.
Beliau seterusnya berkata, kerajaan BN perlu membuktikan komitmennya dalam menjaga harta negara dan rakyat daripada dimanipulasi oleh golongan berkepentingan dengan mempertimbangkan beberapa langkah seperti berikut;
Pertama, melantik sebuak jawatankuasa khas Parlimen untuk menyelia projek dengan melibatkan para ahli parlimen, pakar kejuruteraan dan aktivis pengangkutan sebagai badan pemantau perbelanjaan projek.
Kedua, menilai semula kepakaran tenaga kerja Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi memastikan adanya kepakaran yang diperlukan untuk menyelia dan menyemak perlaksanaan projek.
Ketiga, menilai semula lantikan syarikat kerjasama MMC-Gamuda sebagai Rakan Pelaksana Projek (RPP) bagi mengelakkan syarikat berkepentingan diberi kuasa memilih kontraktor tambahan.
Keempat, menilai keperluan melantik konsortium kejuruteraan nilai dan pakar juru ukur bahan untuk memastikan projek dilaksanakan pada kos yang minima.
Kelima dan terakhir laiah dengan membandingkan kos pelaksanaan per kilometer dan kos per bilangan penumpang sebagai kayu ukur dengan kos bagi projek yang sama di negara lain seperti Singapura dan Hong Kong.

No comments
Post a Comment