Najib: ‘Sesetengah soalan Twitter kelakar’
KUALA LUMPUR, 14 Jan — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menyiarkan tiga video melalui laman web Youtube, sebagai respons kepada soalan-soalan yang dibangkitkan daripada orang ramai kepada akaun Twitter blog mikronya, Selasa lalu.
Sambil menyifatkan sesetengah soalan itu sebagai kelakar, Najib berkata, usaha itu telah memberikan beliau satu “pandangan sebenar” mengenai cara rakyat Malaysia berfikir dan menggunakan media sosial.
“Ribuan terima kasih atas (respons) menggalakkan untuk sesi Twitter dan Facebook Selasa lalu. #tanyanajib merupakan kali kelima berhubung Twitter’s Trending Topic di seluruh dunia.
“Saya teliti beberapa komen dalam tweets dan fb, dan ia sebenarnya benar-benar menarik. Sebenarnya sesetengahnya sangat kelakar,” katanya melalui video yang disiarkan.
Inisiatif Najib itu sebenarnya menunjukkan bahawa beliau melaksanakan cara yang interaktif di mana Najib dapat berhubung dengan orang ramai secara langsung antara satu sama lain menggunakan media sosial.
Perdana Menteri dalam jawapannya berhubung Talent Corporation, memberi jaminan bahawa bekerja di Malaysia adalah satu pilihan yang sangat baik memandangkan peluang-peluang yang disediakan menerusi projek permulaan (EPP) yang diumumkan dari semasa ke semasa di bawah pelan transformasi ekonomi Negara (ETP).
Beliau berkata pelbagai usaha akan dijalankan bagi menarik keyakinan kepada mereka yang belum membuat keputusan sama ada bekerja di Malaysia atau luar negara.
Katanya, Talent Corporation telah memulakan tugas pada 1 Januari dan di antara fokusnya ialah untuk melakukan “hubungan” dengan rakyat Malaysia yang sedang bertugas di luar negara supaya mereka mengetahui peluang yang terdapat di Malaysia terutama mengenai pelan transformasi ekonomi yang sedang dilaksanakan.
“Saya yakin dan percaya apabila ekonomi kita ini berkembang dengan lebih rancak lagi, kita akan dapati ramai rakyat Malaysia yang berada di luar Negara akan berminat untuk pulang ke tanah air dan bekerja di Malaysia,” katanya bagi menjawab soalan “En. Zarul”.
Dalam soalannya, Zarul berkata beliau adalah antara ratusan ribu rakyat Malaysia yang kini bekerja di luar negara dan ingin mengetahui strategi utama Talent Corp bagi meyakinkan mereka agar kembali ke Malaysia untuk mencari rezeki dan mendapat kehidupan yang “selesa” seperti di luar negara.
Sementara itu, kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang gagal, Najib menasihatkan agar mereka mengambil inisiatif dengan mengikuti kursus-kursus tambahan sama ada di kolej-kolej kemahiran dan vokasional atau bekerja di syarikat yang menawarkan latihan dalam bidang berkenaan.
“Kalau kita terus kekal dengan kelulusan SPM sahaja, ini tidak akan memberi kita peluang pekerjaan yang lebih lumayan, tapi kalau kita mempunyai kemahiran tertentu, apatah lagi kalau kemahiran itu ditingkatkan lagi, umpamanya dari tahap 1, ke tahap 2, ke tahap 3, bererti bahawa kita akan dapat pendapatan yang lebih selesa lagi,” katanya ketika menjawab soalan daripada “Acik Clunk”.
Selasa lepas, Najib membuka ruang selama sejam untuk menerima soalan-soalan ke laman berkenaan bermula pukul 4.30 petang. — Bernama

No comments
Post a Comment