NGO mahu jawatankuasa pantau kos hospital swasta dipercepat
KUALA LUMPUR, 12 Jan – Cadangan penubuhan Jawatankuasa Abitri Perubatan Kebangsaan bagi memantau dan menilai semula caj hospital swasta terhadap pesakit, mendapat sokongan padu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu pelaksanaannya dipercepatkan.
Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata profesion perubatan kini dicemari dengan kos tidak berpatutan oleh hospital swasta ke atas pesakit.
“Kalau dulu profesion ini dihormati oleh orang ramai kerana perkhidmatannya, namun kini dicemari dengan kos terlampau. Jadi, ia (jawatankuasa) patut dipercepatkan pelaksanaannya,” katanya kepada Bernama hari ini.
Jawatankuasa berkenaan bakal ditubuhkan bagi memantau dan menilai semula kadar caj sama ada berpatutan dengan kos yuran doktor dan kemudahan perubatan di hospital berkenaan.
Nadzim berkata pengamal perubatan swasta sepatutnya bersikap adil dalam mengenakan caj perkhidmatan terhadap pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.
“Sekarang tidak cantik (kos perkhidmatan). Kena ada keadilan terhadap perkhidmatan dan bukan mendapatkan keuntungan yang melampau sehingga membebankan pesakit,” katanya.
Pandangan beliau turut dikongsi oleh Presiden Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk N.Marimuthu yang meminta jawatankuasa itu ditubuhkan segera.
“Dengan adanya jawatankuasa ini, pengguna akan berasa selamat dan tidak mudah ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, yang mengenakan caj yang melampau. Justeru, penubuhan ini harus dipercepatkan demi kebaikan pengguna,” katanya.

No comments
Post a Comment