Polis PJ sasar kurangkan pusat maksiat tahun ini
PETALING JAYA, 5 Jan - Polis Daerah Petaling Jaya hari ini memberi amaran keras kepada pemilik premis hiburan termasuk pusat urut dan spa di daerah itu yang menyalahgunakan lesen terutama untuk tujuan maksiat.
Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya akan meningkatkan risikan serta serbuan bagi memastikan pusat-pusat sedemikian, khususnya yang menawarkan khidmat seks ditutup.
“Saya akan arahkan anggota kita untuk turun padang dengan lebih kerap dan tumpuan kita pada tahun 2011 ini adalah untuk menghapuskan premis-premis yang disyaki menawarkan khidmat seks pada pelanggannya,” katanya pada sidang media di sini.
Beliau berkata, berdasarkan kes-kes sebelum ini, banyak premis yang telah disita dan disenarai hitam kembali beroperasi menggunakan nama orang lain sebagai pemegang lesen premis.
“Kebanyakan premis ini berselindung di sebalik perniagaan lain seperti restoran serta pusat spa bagi mendapatkan lesen dan juga bertujuan untuk mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya.
Katanya, sepanjang tahun lepas, pihaknya menahan 816 wanita warga asing yang dijadikan sebagai pelayan pelanggan dalam 294 serbuan.
“Majoriti wanita warga asing yang ditahan ini adalah dari China dan Thailand. Sebahagian daripadanya ditahan di hotel-hotel murah dan bekerja sebagai ‘massage girl’ yang turut memberi perkhidmatan seks jika diminta oleh pelanggan,” kata Arjunaidi.
Beliau turut menyenaraikan Damansara dan Sungai Buloh sebagai pusat kegiatan tersebut.
Selain membendung aktiviti maksiat, Arjunaidi berkata, pasukannya akan turut mengekang gejala perjudian haram di seluruh daerah Petaling Jaya.
“Melalui kerjasama anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), kegiatan perjudian turut menjadi tumpuan kita sepanjang tahun ini.
“Walaupun kegiatan ini tidak berada pada tahap membimbangkan, kita akan pastikan setiap lubuk perjudian di daerah ini dilumpuhkan,” katanya.
-Bernama

No comments
Post a Comment