Ruang media bagi menjawab fitnah Utusan
Ramli Abdul Samad
Selama ini hubungan antara pemerintah dan media, khususnya media alternatif, selalu ditandai dengan tidak adanya hubungan harmonis. Pemerintah mahu media massa berlaku adil tetapi banyak undang-undang berkaitan dengan kebebasan bermaklumat menjadi penghalang kepada wujudnya sebuah media massa yang bebas dan saksama.
Peredaran masa menuntut media massa yang bebas sedangkan pemerintah tidak akan bertindak ke arah itu kerana mahu menggekalkan status quonya.
Sedia maklum kewartawanan adalah salah satu institusi yang sangat penting dalam sesebuah bangsa. Bagaimanapun ini hanya dapat dilakukan jika pelaku kewartawanan itu memahami tanggungjawab profesionalnya serta norma hukum bagi meningkatkan peranannya sebagai penyebar maklumat yang objektif, menyalurkan aspirasi rakyat, memperluas komunikasi dan penyertaan masyarakat.
Dan apa yang lebih afdal lagi ialah melakukan pengawalan sosial terhadap tindak-tanduk pihak pemerintah yang diberi amanah membawa sebanyak mungkin manfaat kepada masyarakat majoriti.
Kewartawanan akan memantau segala fenomena kecurangan daripada tindakan pemerintah yang tidak membawa faedah kepada rakyat seperti wujudnya amalan rasuah dan salah urus tadbir negara.
Bersifat negatif
Dari satu sisi, sebahagian daripada media, baik media cetak atau elektronik kita, ada yang cenderung memegang amalan hukum besi ‘bad news is good news’. Media jenis ini memang menyalurkan pemberitaan yang terlalu berorientasi pada dimensi konflik, skandal, dan kontroversi sedemikian rupa sehingga terkesan hanya sibuk menyoroti kelemahan-kelemahan pemerintah, tanpa memberi kredit selayaknya terhadap pencapaian pemerintah, betapapun sedikit pencapaian itu.
Ini kewartawanan yang amat berat sebelah. Ia melihat sudut negatif saja.
Pada segi yang lain pula kita berdepan dengan pemerintah yang sepertinya tidak tahu bagaimana mengambil manfaat amalan kebebasan kewartawanan. Pemerintah yang tidak dapat mengenal pasti sumbangan positif kewartawanan bagi pencapaian agenda pemerintah yang mahukan antaranya slogan ‘Satu Malaysia’ menjadi kenyataan, adanya transformasi politik, adanya perubahan, pemberantasan rasuah, pembasmian kemiskinan dan banyak lagi.
Pemerintah bagaikan membiar saja sesetengah media massa, khasnya yang mereka mengawal atau menguasai, membuat laporan atau berita yang tidak mesra dengan perpaduan rakyat atau sengaja ingin membakar sentimen perkauman antara rakyat Melayu dan bukan Melayu. Maka, yang berkembang kemudian adalah sikap antipati atau setidak-tidaknya sikap a priori (yang sebelumnya) terhadap kewartawanan.
Antagonisme inilah yang membikin Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) pada awal minggu lalu telah menggesa pihak pemerintah mengambil tindakan tegas terhadap pengarang dan ketua pengarang akhbar Utusan Malaysia kerana didakwa cuba mencetuskan beberapa isu perkauman.
Akhbar seperti Utusan membuat serangan media yang keras dan sistematik terhadap kelompok pembangkang dan sentiasa membuat cerita agar orang Melayu/Muslim bencikan kelompok suku kaum Cina dan menakut-nakutkan bahawa orang Melayu sentiasa harus curiga dengan kemaraan atau tindak-tanduk politik dan ekonomi kelompok orang Cina.
Tuntutan NUJ
NUJ melalui presidennya Hata Wahari menganggap pihak berkuasa telah gagal untuk mengambil tindakan terhadap ketua pengarang dan pengarang-pengarang lain di suratkhabar tersebut lantas dengan kegagalan itu menunjukkan bahawa mereka juga terlibat dalam agenda untuk mencetuskan pertikaian perkauman di negara ini oleh sebuah akhbar yang boleh dianggap sebagai akhbar rasis dan tidak bermaruah.
Benarkah media tertentu milik pemerintah atau Umno telah banyak berusaha mengadu domba dan menyerang pihak pembangkang atau yang kalangan anti-mapan? Boleh jadi ada benarnya. Dorongan untuk mempertegangkan perbedaan pendapat yang negatif bertujuan untuk menghakimi pihak tertentu memang ada dalam dunia kewartawanan kita. Pastinya ada media lain pula yang turut memainkan peranan yang serupa dan siapa yang dimaksudkan itu?
NUJ telah meminta pengarang-pengarang di media perdana terutama Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan The Star agar kembali kepada fungsi dan matlamat sebenar media iaitu untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai dan bukan selaku sebagai alat propaganda kepada pemerintah, mana-mana parti politik dan individu-individu tertentu kerana kepentingan peribadi.
Kritikan terhadap kewartawanan yang tidak memberi maklumat seimbang yang berdasarkan data dan fakta adalah sebuah kewajaran. Media boleh saja berbuat kesalahan dan semua pihak berhak memperbetulkannya. Namun, harus jelas kesalahan apakah yang disangkakan kepada media. Salah mengutip sumber berita, data tidak tepat, liputan tidak seimbang, bahasa yang membakar semangat atau cenderung mengapi-apikan, atau pencampuran fakta dan pendapat?
Jika kita dapat menunjukkan media dan kesilapannya secara spesifik, boleh jadi kita boleh memberikan sumbangan positif bagi menegakkan etika kewartawanan. Apalagi jika diberi kesudian menggunakan hak menjawab, sengketa pemberitaan dapat diselesaikan.
Tiga ciri kewartawanan membangun
Dalam rejim demokratik, fungsi kewartawanan boleh dibahagikan kepada tiga ciri.
Pertama, ia menjalankan kritik terhadap kekuasaan. Dalam konteks ini, wajar jika pemerintah menjadi sasaran kritik kewartwawanan kerana sejauh ini kenyataannya menunjukkan yang penyelenggaraan pemerintahan dalam banyak bidang urus tadbir memang mengandungi banyak kelemahan dan amalan rasuah. Dengan keadaan yang seperti ini, adalah tidak realistik jika pemerintah mengharapkan pemberitaan yang positif dari wartawan dari pihak alternatif.
Maka apa yang realistik dan relevan adalah mengharapkan pemberitaan yang bernisbah, seimbang, dan beretika. Pemerintah boleh menuntut agar dalam pemberitaannya, kewartawanan secara istiqamah harus menegakkan etika jurnalistik dan memberi keutamaan ruang publik media bagi membicarakan hal ehwal negara.
Kedua, kewartawanan juga harus berfungsi membangun ruang publik interaktif, yang mana semua unsur berpeluang membicarakan urusan bersama secara penghujahan dan berdialog di media cetakan dan elektronik. Media adalah ruang antara politik yang mana masalah awam dibicarakan dan dirundingkan oleh semua pihak, tanpa terkecuali para pembuat dasar sebelum mereka memutuskan sesebuah dasar itu.
Kedudukan ruang media ini sangat strategik kerana dalam demokrasi perwakilan masyarakat terlibat langsung dalam proses pembahasan undang-undang. Apalagi jika dipertimbangkan yang para wakil rakyat pemerintah sering lebih mengenegahkan kepentingan pribadi tertentu atau kelompok daripada kepentingan masyarakat.
Legitimasi dasar tidak hanya diukur dari penerimaan terhadap prinsip-prinsip tertentu, tetapi juga dari kenyataan apakah masyarakat menyetujui dasar itu atau tidak.
Ketiga, kewartawanan secara epistemologi juga berfungsi untuk menambah pengetahuan masyarakat. Wacana media akan menambah pengetahuan masyarakat tentang asal-usul pembentukan sebuah bangsa negara bernama Malaysia.
Masyarakat juga mendapatkan pemahaman tentang fakta dan sejarah yang sering diperdebatkan misalnya: Apakah adanya sebenar ‘Ketuanan Melayu’ yang ditercatat dalam perlembagaan negara? Atau wujudkan wacana media tentang hak keistimewaan orang Melayu dan pribumi di Sabah dan Sarawak dengan beberapa catatan agar sebuah ruang publik politik sekaligus fungsi epistemologi media yang memungkinkan masyarakat untuk secara bebas membangun pendapat atau sikap masing-masing tentang sesuatu isu penting itu.
Kembali kepada urusan pemerintah, bagaimana pemerintah harus bersikap terhadap kritikan media alternatif? Cara terbaik adalah dengan tidak membuat kesalahan kerana fungsi utama kewartawanan bebas sememangnya adalah untuk membongkar kesilapan dan penyelenggaraan kekuasaan yang boleh menjadi liar jika tidak dipantau. Kewartawanan berfungsi sebagai semak dan imbang (check and balance), bukan untuk membodek pemerintah saja.
Pemerintah juga harus memberi ruang bagi menjawab segala fitnahnya terhadap puak pembangkang. Yang perlu dihindari adalah gagasan yang authoritarian lagi usang.
Katakanlah gagasan untuk mengekalkan media milik pemerintah terus menjadi organ propaganda politik, pastinya gagasan semacam itu hanya akan menimbulkan reaksi perlawanan dan memperburukkan lagi citra pemerintah. Rakyat akan terus melawan jika dirasakan tiada keadilan yang munasabah tidak diberikan kepada mereka.

No comments
Post a Comment