SAMM lapor polis, gesa siasat menteri rogol amah
SEREMBAN 5 Jan - Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin hari ini membuat laporan polis bagi menggesa satu siasatan dilakukan terhadap Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama, Dr Rais Yatim yang didakwa merogol pembantu rumahnya.
Menurutnya, sebagai NGO mewakili anak muda rakyat Malaysia, pelbagai bukti dan pendedahan yang dilakukan blog dan NGO seperti Migrant Care yang berpengkalan di Jakarta menjadikan impak kes ini besar melibatkan skandal seorang berprofil tinggi bertaraf Menteri di Kabinet selain boleh mencetuskan krisis antara negara jika tidak disiasat dan ditangani.
Badrul menegaskan bahawa beliau tidak menuduh Rais sebaliknya sikap ‘berdiam diri’ menteri senior itu menjadikan keadaan makin serius.
“Seseorang tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah, namun boleh dikatakan semua menyebut nama beliau terlibat dalam kes rogol. Selaku menteri budaya dan seni, beliau seharusnya faham budaya rakyat Malaysia diam tandanya setuju, maka beliau tak boleh salahkan rakyat jika beliau sendiri berdiam diri,” tegas Badrul.
Skandal ini dikatakan berlaku pada tahun 2007 dan didedahkan semula kini oleh laman wikileaks dan laman blog seantero Malaysia.
Badrul mendakwa, beliau telah mendapat dokumen lengkap yang dilampirkan bersama laporan polis yang menyebut nama Rais sebagai terlibat.
Rais semasa menjadi Menteri Kehakiman dan Undang-undang sebelum ini pernah mendedahkan 18 kes berprofil tinggi yang sengaja disenyapkan pihak tertentu.
Badrul turut menegaskan, selain tindakan polis, Najib Razak sebagai Perdana Menteri seharusnya menggantung Rais sebagai anggota kabinet sehingga siasatan selesai bagi menunjukkan keseriusan kerajaan menangani hal ini.
“Penyiasatan polis boleh membantu Rais membersihkan namanya, jika polis tak siasat wujud kemungkinan ada perlindungan istimewa.
“Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri harus segera menyatakan pendirian dalam perkembangan ini. Gantung Rais sehingga siasatan selesai. Itupun jika Najib berani melakukan transformasi penambahbaikan negara,” katanya.
Justeru beliau memberi masa 14 hari untuk polis melakukan siasatan dan bertindak terhadap laporan ini, atau tindakan fasa seterusnya berbentuk ‘pergerakan massa’ bakal dilakukan oleh beliau.
“Kes berprofil tinggi ini telah menyumbang keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. Sekarang, jika Najib tak bertindak saya rasa impaknya lebih besar. Rakyat Malaysia akan bergerak.”
Shamsul hari ini membuat laporan berkenaan di IPD Seremban kira-kira jam 11 pagi tadi dengan ditemani beberapa ahli SAMM.

No comments
Post a Comment